CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Tahun Tak Tengok Matahari, Ibu Kurung Diri Dan Anak Kerana Takutkan Covid-19

24-2-2023 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2054| Komen: 15

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terkurung bersama ibunya di Chakkarpur, Gurugram dekat sini, selama tiga tahun.

NDTV dipetik Harian Metro melaporkan, wanita berkenaan mengurung diri mereka dua beranak akibat terlalu paranoid dijangkiti Covid-19.


Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila suaminya, Sujan Majhi yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta memaklumkan perkara itu kepada polis di pos Chakkarpur.


SAMPAH berselerak di dalam rumah dihuni wanita dan anaknya itu. FOTO Agensi

Ekoran itu, sepasukan polis, pegawai kesihatan dan anggota jabatan kebajikan kanak-kanak tiba di kediaman berkenaan dan memecah pintu utama rumah.

Ketika menyelamatkan wanita dikenali sebagai Munmun Majhi dan anaknya, mereka mendapati timbunan pakaian, rambut, sampah dan barangan runcit berselerak di rumah berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit pernah memotong rambutnya dan anaknya di rumah itu dan memasak menggunakan dapur elektrik.

Difahamkan, sampah di rumah itu tidak dibuang selama tiga tahun dan difahamkan, selama ini, tiada sesiapa yang berkunjung ke situ.

Malah, kanak-kanak malang itu membuat lukisan di dinding rumah dan hanya belajar dengan menggunakan pensel.

Apa yang mengejutkan, anak wanita itu dikatakan tidak pernah melihat matahari sejak mereka berkurung.

Lebih menyedihkan apabila jiran sekeliling tidak pernah tahu bahawa dua beranak itu berkurung di dalam rumah.

Seorang pegawai polis berkata, wanita itu berada dalam keadaan panik akibat Covid-19 dan percaya anaknya akan mati, jika keluar dari rumah.

Justeru, sepanjang tempoh mereka berkurung, wanita itu tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah.

Dia dikatakan tidak dibenarkan memasuki kediaman berkenaan sejak keluar dari rumah untuk ke pejabat pada 2020 selepas kerajaan menarik balik sekatan pergerakan (lockdown) kali pertama.

Malah, mereka hanya kekal berhubung melalui panggilan video.

Difahamkan, lelaki itu tetap membayar sewa bulanan rumah, menjelaskan bil elektrik, mendepositkan yuran sekolah anaknya, membeli barangan runcit dan sayuran, di samping meninggalkan beg barangan keperluan di luar pintu utama rumah itu.

Dua beranak itu dikejarkan ke hospital awam sebaik diselamatkan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hungryhenry 24-2-2023 02:35 PM
Floresdoherty replied at 24-2-2023 02:25 PM
Situasi ini sangatlah memahami mengingat pandemi Covid-19 telah menyebabkan kebimbangan dan kecemasa ...

Jwpn persis chatGPT
Quote nononcrux 24-2-2023 02:58 PM
tak ikut perkembangan semasa ke? paranoid betul
Quote dua_chzy 24-2-2023 03:08 PM
Kagum dengan kesabaran, kesetiaan, ketahanan mental lakinya.
Quote CiliPadiSedap 24-2-2023 10:32 PM
urm kaka blastoff dapat tengok matahari ke? atau bulan?
Quote Mulotkoyak 25-2-2023 03:28 PM
Kata ade tv kan?  Xkn xde info lgsg? Ke infia masih darurat lg?  Kes tgi?
Quote xy_daen 25-2-2023 03:32 PM
Varian blastoff ni
Quote Supersirap 25-2-2023 11:48 PM
Ini kes kronik sangat ni
Quote airfilterkotor 26-2-2023 12:00 AM
Jadinya, 3 tahun tak keluar umah tak kena matari.... tak pegi cocok beksin ler tu.

Harap dia tatau 5G la.
Quote plywood 26-2-2023 12:15 AM
Gurugram










Quote ChildrenOfBodom 26-2-2023 09:04 AM
Benda pelik2 camni tak pelik kalau berlaku di i india
Quote Burong_Hantuk 26-2-2023 09:10 AM
sampai menimbun sampah dlm umah
Quote _blackbird 26-2-2023 10:24 AM
nasib kat chakkapur, kalau kat uttar pradesh, iols nak speku blasoff
Quote eyansss 26-2-2023 12:41 PM
laki pun dah 3 tahun baru nak report…  haiyoooo…
Quote dekmieDandy 28-2-2023 09:47 AM
teringat cerita askar jepun yang menyorok kat hutan sampai 29 tahun tu, sebab ingat ke perang tak habis lagi

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.146385 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top