CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Tunggang Kawasaki Ninja Maut Bergesel Dengan Treler

24-2-2023 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1448| Komen: 5

Kemalangan membabitkan motosikal yang bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur sekitar 4.30 petang pada Khamis menyebabkan seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangi bergesel.


Sinar Harian melaporkan, Mohamed Suhimi Abd Kadir, 60, yang menunggang Kawasaki Ninja ketika dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian.


Nahas motosikal dan treler yang mengorbankan seorang warga emas di Kilometer 62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah pada Khamis. -Foto Sinar Harian

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, ketika tiba di tempat kejadian, terdapat treler muatan serbuk kimia cuba keluar dari simpang untuk menuju ke arah sama.

"Keadaan itu mengakibatkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar sisi kiri kenderaan berat tersebut.


"Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan manakala siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 24-2-2023 11:25 AM
Al Fatihah.....
Quote tripleid 24-2-2023 11:51 AM
Atok darah muda..takziah
Quote imanjannah 24-2-2023 11:54 AM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan segala dosanya
Quote She-Ra 24-2-2023 12:07 PM
Al-Fatihah. Amin...

inilah yg iols ghisauuuu
dlm awal thn 2018, abah iols ada dtg kl bwk moto
moto takde la kuasa tinggi naw.. yamaha fz1
dr kg 83100 sampai ke kajang
bawak pelan-pelan katanya.. haihhh pelan-pelan pun ghisauuuuu
umur dia masatu 69tahun

dia ada bgtau nak dtg kl, kami ingatkan bwk kereta
sekali adik balik rumah, tgk motor takde.. ahh sudahhhh menggelupur aku
Quote Antifake 24-2-2023 01:50 PM
Moto beso ni..moto yg bawak kita. Kalau jatuh pon mmg susah nak bangun. Tapi ramai pulak peminatnya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.310441 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top