Kemalangan membabitkan motosikal yang bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur sekitar 4.30 petang pada Khamis menyebabkan seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangi bergesel.
Sinar Harian melaporkan, Mohamed Suhimi Abd Kadir, 60, yang menunggang Kawasaki Ninja ketika dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian.
 Nahas motosikal dan treler yang mengorbankan seorang warga emas di Kilometer 62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, ketika tiba di tempat kejadian, terdapat treler muatan serbuk kimia cuba keluar dari simpang untuk menuju ke arah sama.
"Keadaan itu mengakibatkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar sisi kiri kenderaan berat tersebut.
"Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan manakala siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - CARI |