CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Bergaduh Di Balkoni, Tiba-Tiba Pagar Runtuh! Dua-Dua Terjatuh Patah Tulang

23-2-2023 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2491| Komen: 16

Satu pasangan berdepan terjatuh pada ketinggian 25 kaki selepas merempuh pagar balkoni rumah mereka akibat bertengkar.

Olga Volkova dan Yevgeny Karlagin, kedua-duanya berusia 35 tahun, bergelut di balkoni tingkat dua rumah mereka di St Petersburg, Rusia, pada Sabtu pagi.


Ketika bertengkar, mereka merempuh pagar balkoni dan tiba-tiba runtuh, menyebabkan pasangan itu terjatuh.


Foto: metro UK

Volkova memakai seluar dalam dan badannya diselimuti kain besar ketika terjatuh, manakala Karlagin berpakaian lengkap.

Pasangan itu dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius, lapor media tempatan.

Kedua-duanya mereka dikatakan mengalami patah tulang tetapi tidak berada dalam keadaan kritikal.

Saksi kejadian berkata mereka melihat pasangan itu, yang mempunyai seorang anak lelaki bertengkar kira-kira jam 10 pagi sebelum tercampak dari balkoni.


Saksi, Denis memberitahu akhbar Komsomolskaya Pravda: "Saya sedang berjalan dengan rakan sekerja sambil merakam pemandangan jalan yang bersejarah.

"Saya melihat pertengkaran itu dan mula membuat rakaman.

"Seseorang yang mempunyai pengalaman perubatan ada di situ dan memeriksa nadi mereka sebelum memberitahu mereka berdua terselamat.

"Kami menelefon ambulans," katanya.

Pejabat pendakwa negeri St Petersburg sedang menyiasat sama ada balkoni itu tidak dibaik pulih dengan baik, yang boleh membawa kepada pendakwaan.

Bangunan itu, yang terletak di pusat bersejarah St Petersburg, dikatakan dibina sejak 1833. -CARI

Sumber: mStar/Metro UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 23-2-2023 03:13 PM
ah sudah..couple tu yang jatuh, balkoni pulak disalahkan
Quote noorhairiahma 23-2-2023 03:30 PM
bergaduhlah dalam rumah, dekat balcony kenapa pulak? tak pasal2 orang nampak, lepastu siap terjatuh pulak, dah tu dapat sakit. 3 in 1 terus.
Quote cikdot 23-2-2023 03:33 PM
dah macam filem tamil
Quote KamikuP 23-2-2023 03:47 PM
Hoh.. ingatkan bersenggama di balkoni sampai terjatuh
Quote slyfynx 23-2-2023 03:55 PM
Couple fall off balcony together after blistering row | Metro News

Kalau ikut sumber TT sendiri, Metro News, mende ni jadi 30 May tahun 2021
Ape yang isu semasa nya?
Quote slyfynx 23-2-2023 03:56 PM
Nah screenshot
Quote sumijelly 23-2-2023 04:22 PM
lorr.. 2021 ke..emmm
Quote dekmieDandy 23-2-2023 04:41 PM
tak suka betul balkoni besi camni
Quote she 23-2-2023 04:48 PM
Takutnya gasak kat balkoni
Karang ditolaknya kite jatuh
Benda tengah emosi jangan buat memain
Quote tripleid 23-2-2023 04:52 PM
Ruski mmg ganas2
Quote pinkpunk 23-2-2023 04:54 PM
sambung gado kt spital plak
Quote sailormars 23-2-2023 06:36 PM
elok la tu...sehaji sejiwa...u jump i jump...u patah i pun patah..gitewwww...
Quote blue_blur 23-2-2023 06:50 PM
seb baik jatuh berdua2....
nasib baik bergado berpakaian, kot bergomol speed macam arnab sampai roboh pagar lagi naya..
Quote imanjannah 23-2-2023 10:41 PM
macem macem
Quote TOPwind 24-2-2023 07:52 AM
venom1 replied at 23-2-2023 03:13 PM
ah sudah..couple tu yang jatuh, balkoni pulak disalahkan

kat Msia yg legam akan sama  polis dan kerajaan
Quote fortiori13 24-2-2023 12:50 PM
Kalau dah gaduh sampai tahap gini baik cerai je lah..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 1.970705 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top