View: 2083|Reply: 16
|
Pasangan Bergaduh Di Balkoni, Tiba-Tiba Pagar Runtuh! Dua-Dua Terjatuh Patah Tulang
[Copy link]
|
|
Satu pasangan berdepan terjatuh pada ketinggian 25 kaki selepas merempuh pagar balkoni rumah mereka akibat bertengkar.
Olga Volkova dan Yevgeny Karlagin, kedua-duanya berusia 35 tahun, bergelut di balkoni tingkat dua rumah mereka di St Petersburg, Rusia, pada Sabtu pagi.
Ketika bertengkar, mereka merempuh pagar balkoni dan tiba-tiba runtuh, menyebabkan pasangan itu terjatuh.
 Foto: metro UK
Volkova memakai seluar dalam dan badannya diselimuti kain besar ketika terjatuh, manakala Karlagin berpakaian lengkap.
Pasangan itu dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius, lapor media tempatan.
Kedua-duanya mereka dikatakan mengalami patah tulang tetapi tidak berada dalam keadaan kritikal.
Saksi kejadian berkata mereka melihat pasangan itu, yang mempunyai seorang anak lelaki bertengkar kira-kira jam 10 pagi sebelum tercampak dari balkoni.
Saksi, Denis memberitahu akhbar Komsomolskaya Pravda: "Saya sedang berjalan dengan rakan sekerja sambil merakam pemandangan jalan yang bersejarah.
"Saya melihat pertengkaran itu dan mula membuat rakaman.
"Seseorang yang mempunyai pengalaman perubatan ada di situ dan memeriksa nadi mereka sebelum memberitahu mereka berdua terselamat.
"Kami menelefon ambulans," katanya.
Pejabat pendakwa negeri St Petersburg sedang menyiasat sama ada balkoni itu tidak dibaik pulih dengan baik, yang boleh membawa kepada pendakwaan.
Bangunan itu, yang terletak di pusat bersejarah St Petersburg, dikatakan dibina sejak 1833. -CARI
Sumber: mStar/Metro UK |
|
|
|
|
|
|
|
ah sudah..couple tu yang jatuh, balkoni pulak disalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
bergaduhlah dalam rumah, dekat balcony kenapa pulak? tak pasal2 orang nampak, lepastu siap terjatuh pulak, dah tu dapat sakit. 3 in 1 terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Hoh.. ingatkan bersenggama di balkoni sampai terjatuh |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak suka betul balkoni besi camni |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya gasak kat balkoni
Karang ditolaknya kite jatuh
Benda tengah emosi jangan buat memain |
|
|
|
|
|
|
|
sambung gado kt spital plak |
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu...sehaji sejiwa...u jump i jump...u patah i pun patah..gitewwww... |
|
|
|
|
|
|
|
seb baik jatuh berdua2....
nasib baik bergado berpakaian, kot bergomol speed macam arnab sampai roboh pagar lagi naya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat Msia yg legam akan sama polis dan kerajaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah gaduh sampai tahap gini baik cerai je lah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|