CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Tak Tapis WhatsApp, WeChat, MiChat - Fahmi

23-2-2023 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 746| Komen: 1

Tiada sebarang tapisan dikenakan terhadap aplikasi permesejan segera seperti WhatsApp, Wechat, Michat dan lain-lain seumpamanya, namun sekatan tetap dikenakan terhadap aplikasi lain yang secara jelas melanggar undang-undang.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dipetik AWANI berkata, tindakan penguatkuasaan Kerajaan adalah berasaskan aduan masyarakat awam serta pihak yang terkesan dan berlandaskan lunas perundangan sedia ada.


FB

“Sekiranya terdapat mana-mana pihak atau individu melakukan sebarang bentuk tindak tanduk atau memuat naik kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pihak atau individu yang berkenaan.

“Tindakan bukanlah kepada platform yang menjadi platform perkongsian kandungan atau maklumat,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan P Prabakaran (PH - Batu) sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula kebenaran penggunaan aplikasi Telegram, Wechat, Michat, dan beberapa aplikasi permesejan lain. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-2-2023 12:30 PM
Ada lagi ke orang main wicet micet ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 1.549963 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top