View: 576|Reply: 1
|
Kerajaan Tak Tapis WhatsApp, WeChat, MiChat - Fahmi
[Copy link]
|
|
Tiada sebarang tapisan dikenakan terhadap aplikasi permesejan segera seperti WhatsApp, Wechat, Michat dan lain-lain seumpamanya, namun sekatan tetap dikenakan terhadap aplikasi lain yang secara jelas melanggar undang-undang.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dipetik AWANI berkata, tindakan penguatkuasaan Kerajaan adalah berasaskan aduan masyarakat awam serta pihak yang terkesan dan berlandaskan lunas perundangan sedia ada.
 FB
“Sekiranya terdapat mana-mana pihak atau individu melakukan sebarang bentuk tindak tanduk atau memuat naik kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang sedia ada, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pihak atau individu yang berkenaan.
“Tindakan bukanlah kepada platform yang menjadi platform perkongsian kandungan atau maklumat,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan P Prabakaran (PH - Batu) sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula kebenaran penggunaan aplikasi Telegram, Wechat, Michat, dan beberapa aplikasi permesejan lain. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi ke orang main wicet micet ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|