CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Dirasuk, Dengar Suara Halus Suruh Tikam Guru Sedang Mengajar

23-2-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 932| Komen: 2

Seorang pelajar  di sebuah sekolah menengah di bandar Saint-Jean-de-Luz, Perancis menikam maut seorang guru di situ.

AWANI melaporkan, kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint-Thomas d'Aquin pada Rabu.



Polis mengawal pintu masuk ke Sekolah Menengah Saint-Thomas d'Aquin di mana seorang guru maut ditikam murid 16 tahun di Saint-Jean-de-Luz, Perancis, 22 Februari 2023. -REUTERS

Ketika kejadian, suspek memasuki bilik darjah dan menyerang wanita berusia 50-an itu ketika dia sedang mengajar kelas bahasa Sepanyol.

Difahamkan, suspek mengunci pintu bilik darjah sebelum menikam guru tersebut di bahagian dada.

Pelajar berusia 16 tahun yang ditahan tidak lama kemudian mungkin mengalami masalah kesihatan mental seperti dilaporkan media tempatan.

Menurut laporan BFMTV, suspek yang mendakwa "dirasuk" ketika menikam mangsa, melarikan diri ke bilik bersebelahan di mana dia memberitahu seorang guru di situ bahawa satu suara halus mengarahnya melakukan serangan itu.


Guru berkenaan kemudian mengambil senjata daripada pelajar itu dan berada bersamanya sehingga polis tiba. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 23-2-2023 10:37 AM
Wartawan CARI x boleh letak tag ke dalam tajuk?
Just tanya sbb kalau ade tag [TEMPATAN] or [DUNIA], sng org nk tau dari awal.
Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 11:07 AM
makin ramai pesakit mental kat malaysia ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.957198 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top