Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar Saint-Jean-de-Luz, Perancis menikam maut seorang guru di situ.
AWANI melaporkan, kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint-Thomas d'Aquin pada Rabu.
 Polis mengawal pintu masuk ke Sekolah Menengah Saint-Thomas d'Aquin di mana seorang guru maut ditikam murid 16 tahun di Saint-Jean-de-Luz, Perancis, 22 Februari 2023. -REUTERS
Ketika kejadian, suspek memasuki bilik darjah dan menyerang wanita berusia 50-an itu ketika dia sedang mengajar kelas bahasa Sepanyol.
Difahamkan, suspek mengunci pintu bilik darjah sebelum menikam guru tersebut di bahagian dada.
Pelajar berusia 16 tahun yang ditahan tidak lama kemudian mungkin mengalami masalah kesihatan mental seperti dilaporkan media tempatan.
Menurut laporan BFMTV, suspek yang mendakwa "dirasuk" ketika menikam mangsa, melarikan diri ke bilik bersebelahan di mana dia memberitahu seorang guru di situ bahawa satu suara halus mengarahnya melakukan serangan itu.
Guru berkenaan kemudian mengambil senjata daripada pelajar itu dan berada bersamanya sehingga polis tiba. - CARI |