Seorang pemandu lori maut selepas tercampak dari kenderaan dipandunya dalam nahas di Kilometer 254.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Khamis. Pemandu lori yang tercampak dari kenderaan dipandunya, maut dalam kemalangan di Kilometer 254.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar pada Khamis.
Sinar Harian melaporkan, Mohd Asuat Azmi berusia lingkungan 26 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Syed Azrul Hizam Syed Abdul Aziz mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas membabitkan sebuah lori tangki muatan simen itu jam 3.15. Berdasarkan maklumat awal, kemalangan dipercayai berlaku akibat hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.
Selepas pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia, mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Kata Syed Azrul, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.13 pagi. - CARI
|
ADVERTISEMENT