CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 1

Pemandu Terbabas Maut Tercampak Dari Lori Tangki

[Copy link]
Post time 23-2-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemandu lori maut selepas tercampak dari kenderaan dipandunya dalam nahas di Kilometer 254.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Khamis.


Pemandu lori yang tercampak dari kenderaan dipandunya, maut dalam kemalangan di Kilometer 254.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar pada Khamis.




Keadaan kemalangan membabitkan sebuah lori tangki yang terbabas di laluan lebuh raya arah utara dekat Kuala Kangsar pada Khamis. - Foto Bomba Perak





Sinar Harian melaporkan, Mohd Asuat Azmi berusia lingkungan 26 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Syed Azrul Hizam Syed Abdul Aziz mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas membabitkan sebuah lori tangki muatan simen itu jam 3.15.


Berdasarkan maklumat awal, kemalangan dipercayai berlaku akibat hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.


Selepas pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia, mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Kata Syed Azrul, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.13 pagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 11:52 AM | Show all posts
al fatihah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.287882 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list