Mayat seorang pelajar yang telah hilang selama 47 tahun akhirnya ditemukan dan identitinya berjaya dikenal pasti oleh pihak berkuasa. Penemuan itu berjaya dibuat setelah pihak berkuasa menarik keluar kereta miliknya yang terhumban ke dalam terusan air.
Walaupun begitu, punca kematiannya masih kekal misteri. Kyle Clinkscales, 22, hilang tanpa jejak pada malam 27 Januari, 1976. Kelibatnya kali terakhir dilihat di tempat kerjanya di LaGrange, Georgia, Amerika Syarikat. Pemuda itu dijangka akan pulang ke Universiti Auburn yang terletak kira-kira 35 batu dari kampung halamannya dengan memandu keretanya iaitu Ford Pinto 1974 berwarna putih. Namun begitu, Kyle tidak pernah tiba ke destinasi yang ditujunya itu. Pihak berkuasa menghabiskan masa bertahun-tahun mencari jasad dan kenderaannya tetapi ia tidak pernah dijumpai.
Satu keajaiban apabila penemuan jasad Kyle didedahkan pada bulan Februari tahun ini dan ia menjadi penutup kepada ahli keluarga dan rakan-rakan Kyle mengenai kisah misteri kehilangannya. Walaupun begitu, bapa Kyle meninggal dunia pada tahun 2007 dan ibunya meninggal dunia pada bulan Januari tahun ini, mereka tidak dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi kepada anak kesayangan mereka. "Semua orang tertanya-tanya adakah dia akan muncul suatu hari nanti di mana-mana tempat. "Kyle merupakan seorang yang sangat penyayang dan baik dengan semua orang," ujar seorang rakan Kyle. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
venom1 replied at 23-2-2023 09:27 AM
agaknya dah boleh start kot cari2 bangkai kereta dalam sungai/tasik kat Malaysia ni
supernaturalee replied at 23-2-2023 09:52 AM
bkn ada kes jgk ke hari tu bila air sungai ke tasik ke surut baru la nmpk ada kete dlm tu
krustykrab replied at 23-2-2023 10:08 AM
Aku percaya mh370 pun mcm ni la...takde maknanya kena culik bagai lah.
venom1 replied at 23-2-2023 10:04 AM
agaknya banyak lagi kes-kes orang hilang ni kalau air sungai/tasik surut
ultra78 replied at 24-2-2023 06:46 AM
Ni hasil penemuan dari team youtube channel adventure with purpose ke? Kat amerika tu byk kes missin ...
DARSITA replied at 24-2-2023 06:30 AM
Macam ini kira boleh diterima la kan .. bukan macam kes budak hilang puluh tahun yang diculik oleh ...
she replied at 24-2-2023 06:52 AM
Kes tu paling hina
Naseb dia dah mati bunuh diri
plywood replied at 24-2-2023 12:13 AM
47 tahun baru jumpa... umur Kyle tu kalau masih hidup 69...
mohdcrow replied at 24-2-2023 01:28 PM
ni kes Elisabeth Fritzl kan?...dia bunuh diri ke?...bukan ke selamat lepas bwk anak dia pegi hospi ...
ADVERTISEMENT