CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3839|Reply: 43

Hilang Tanpa Jejak Sejak 1976, Mayat Akhirnya Ditemukan Bersama Kereta Dalam Tasik

[Copy link]
Post time 23-2-2023 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Mayat seorang pelajar yang telah hilang selama 47 tahun akhirnya ditemukan dan identitinya berjaya dikenal pasti oleh pihak berkuasa.


Penemuan itu berjaya dibuat setelah pihak berkuasa menarik keluar kereta miliknya yang terhumban ke dalam terusan air.


Walaupun begitu, punca kematiannya masih kekal misteri.




Foto: Daily Star




Kyle Clinkscales, 22, hilang tanpa jejak pada malam 27 Januari, 1976.


Kelibatnya kali terakhir dilihat di tempat kerjanya di LaGrange, Georgia, Amerika Syarikat.


Pemuda itu dijangka akan pulang ke Universiti Auburn yang terletak kira-kira 35 batu dari kampung halamannya dengan memandu keretanya iaitu Ford Pinto 1974 berwarna putih.


Namun begitu, Kyle tidak pernah tiba ke destinasi yang ditujunya itu.


Pihak berkuasa menghabiskan masa bertahun-tahun mencari jasad dan kenderaannya tetapi ia tidak pernah dijumpai.


Satu keajaiban apabila penemuan jasad Kyle didedahkan pada bulan Februari tahun ini dan ia menjadi penutup kepada ahli keluarga dan rakan-rakan Kyle mengenai kisah misteri kehilangannya.


Walaupun begitu, bapa Kyle meninggal dunia pada tahun 2007 dan ibunya meninggal dunia pada bulan Januari tahun ini, mereka tidak dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi kepada anak kesayangan mereka.


"Semua orang tertanya-tanya adakah dia akan muncul suatu hari nanti di mana-mana tempat.


"Kyle merupakan seorang yang sangat penyayang dan baik dengan semua orang," ujar seorang rakan Kyle. - CARI


Sumber: mStar/Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 09:27 AM | Show all posts
agaknya dah boleh start kot cari2 bangkai kereta dalam sungai/tasik kat Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:46 AM | Show all posts
ape jadi kes budak hilang yg lari rentas desa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:52 AM | Show all posts
venom1 replied at 23-2-2023 09:27 AM
agaknya dah boleh start kot cari2 bangkai kereta dalam sungai/tasik kat Malaysia ni

bkn ada kes jgk ke hari tu bila air sungai ke tasik ke surut baru la nmpk ada kete dlm tu


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 10:04 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 23-2-2023 09:52 AM
bkn ada kes jgk ke hari tu bila air sungai ke tasik ke surut baru la nmpk ada kete dlm tu

agaknya banyak lagi kes-kes orang hilang ni kalau air sungai/tasik surut
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku percaya mh370 pun mcm ni la...takde maknanya kena culik bagai lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-2-2023 10:08 AM
Aku percaya mh370 pun mcm ni la...takde maknanya kena culik bagai lah.

Kan...mls aku nk caya teori2 diego garcia tu sume apatah lg nk tonton netflix psl mh370 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 10:59 AM | Show all posts
venom1 replied at 23-2-2023 10:04 AM
agaknya banyak lagi kes-kes orang hilang ni kalau air sungai/tasik surut

yes...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 01:49 PM | Show all posts
sedihnya baca mak ayah sampai ke mati tak tau nasib anak dorang.
mesti tertunggu2 kan sampai arwah dah memasing
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk chanel faktaw ke apa tah. ada sorg ni hilang 10 tahun xjumpa. kesian betul la. rupanya jumpa lepas supermarket tempat dia kerja nk reno, ada kt belakang peti ais. selama ni mayat dia ada je kt situ. agaknya org nya baik kot xde jd hantu ke apa. mayat pun xbusuk. kesian betul xde sapa sedar dia mati padahal kedai th hari2 org dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 12:13 AM | Show all posts
47 tahun baru jumpa... umur Kyle tu kalau masih hidup 69...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 06:30 AM | Show all posts

Macam ini kira boleh diterima la kan .. bukan macam kes budak hilang puluh tahun yang diculik oleh bapak sendiri lalu dikurung dibilik bawah tanah sampai mengandung dan beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni hasil penemuan dari team youtube channel adventure with purpose ke? Kat amerika tu byk kes missing persons
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-2-2023 06:46 AM
Ni hasil penemuan dari team youtube channel adventure with purpose ke? Kat amerika tu byk kes missin ...

AWP tu sekarang tengah suspended
Sebab mamat AWP tu kena charge molest budak underage
Macik lupa nak cari update
Bila uols sebut ni baru teringat kes dia tengah berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 24-2-2023 06:30 AM
Macam ini kira boleh diterima la kan .. bukan macam kes budak hilang puluh tahun yang diculik oleh  ...

Kes tu paling hina
Naseb dia dah mati bunuh diri

1 lagi kisah anak dara ongkaya
Macam Romeo Juliet
Mak dia tak bagi dia kawen
Jeles anak lawa
Kurung kat loteng sampai tua tinggal tulang

Eh melalut
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 12:49 PM | Show all posts
Kalau kat Mesia ni yg masih jadi misteri si Acap yg hilang masa larian dan Zalina Azman. Ada lagi ke? Hidup lagi ke gamaknya derang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 24-2-2023 06:52 AM
Kes tu paling hina
Naseb dia dah mati bunuh diri


ni kes Elisabeth Fritzl kan?...dia bunuh diri ke?...bukan ke selamat lepas bwk anak dia pegi hospital?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 24-2-2023 12:13 AM
47 tahun baru jumpa... umur Kyle tu kalau masih hidup 69...

Kyle tu sure anak org kaya…student pon dah paki keta gitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 05:07 PM | Show all posts
mohdcrow replied at 24-2-2023 01:28 PM
ni kes Elisabeth Fritzl kan?...dia bunuh diri ke?...bukan ke selamat lepas bwk anak dia pegi hospi ...

mcm cite Girl in the basement, movie lifetime..pernah tgk sekali
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya dlm 47 thn baru jumpa & dpt closure utk family mendiang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.089042 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list