CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudahlah Isteri Lari Rumah, Lelaki Dipecat Majikan Pula Selalu Datang Lewat Sebab Jaga Anak 7 Orang

23-2-2023 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1612| Komen: 6

KIGALI – Seorang bapa tunggal dari Rwanda, Byago Donat dipecat oleh majikannya selepas datang lewat ke tempat kerja.

Alasan yang diberi adalah kerana menjaga anak-anaknya.

Laman berita Tuko melaporkan, tukang gunting rambut profesional itu menjadi penganggur selepas dipecat oleh ketua yang tidak dapat memahami situasi sukarnya seperti yang dilaporkan Afrimax English.



Foto: Tuko

“Saya ialah seorang bapa kepada tujuh anak. Saya mempunyai lima orang anak sebelum kami mendapat dua anak terakhir yang merupakan pasangan kembar. Kami mengharungi tempoh sebulan setengah di hospital dan saya pulang bersama isteri. 

“Kami hidup bersama dua setengah bulan lagi selepas itu sebelum dia (isteri) pergi,” kata Donat.

Tambah Donat, suatu hari ketika pulang dari tempat kerja, dia mendapati anak-anak kecilnya bersendirian tanpa dipantau isterinya. 


Dia menyangka isterinya akan kembali tetapi mendapati wanita berkenaan turut membawa wang dan pakaian.

Majikan Donat akhirnya memecatnya selepas dia datang lewat ke tempat kerja kerana perlu menguruskan anak-anaknya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 10:54 AM
7 orang anak???
Quote _blackbird 23-2-2023 12:46 PM
donut
Quote bakingsoda 23-2-2023 12:52 PM
kalau pandai buat donut mesti boleh letak nama kedai Donat's Donuts
Quote venom1 23-2-2023 12:53 PM
wah happy2 je bini dia blah lps lahirkan 7 anak?
Quote nakkomenjugak 23-2-2023 02:18 PM
Deme ni memang subur sungguh naaa tak kira continent mana pun deme berada
Quote KamikuP 23-2-2023 05:02 PM
Kene post partum depressioan ke sheolls?
Sanggup ye tinggal 7 anak mcm tu je ke ikut jantan lain ?.. ekekekek

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059058 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top