View: 1417|Reply: 6
|
Sudahlah Isteri Lari Rumah, Lelaki Dipecat Majikan Pula Selalu Datang Lewat Sebab Jaga Anak 7 Orang
[Copy link]
|
|
KIGALI – Seorang bapa tunggal dari Rwanda, Byago Donat dipecat oleh majikannya selepas datang lewat ke tempat kerja.
Alasan yang diberi adalah kerana menjaga anak-anaknya.
Laman berita Tuko melaporkan, tukang gunting rambut profesional itu menjadi penganggur selepas dipecat oleh ketua yang tidak dapat memahami situasi sukarnya seperti yang dilaporkan Afrimax English.
 Foto: Tuko
“Saya ialah seorang bapa kepada tujuh anak. Saya mempunyai lima orang anak sebelum kami mendapat dua anak terakhir yang merupakan pasangan kembar. Kami mengharungi tempoh sebulan setengah di hospital dan saya pulang bersama isteri.
“Kami hidup bersama dua setengah bulan lagi selepas itu sebelum dia (isteri) pergi,” kata Donat.
Tambah Donat, suatu hari ketika pulang dari tempat kerja, dia mendapati anak-anak kecilnya bersendirian tanpa dipantau isterinya.
Dia menyangka isterinya akan kembali tetapi mendapati wanita berkenaan turut membawa wang dan pakaian.
Majikan Donat akhirnya memecatnya selepas dia datang lewat ke tempat kerja kerana perlu menguruskan anak-anaknya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
7 orang anak??? |
|
|
|
|
|
|
|
donut 
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau pandai buat donut mesti boleh letak nama kedai Donat's Donuts |
|
|
|
|
|
|
|
wah happy2 je bini dia blah lps lahirkan 7 anak? |
|
|
|
|
|
|
|
Deme ni memang subur sungguh naaa tak kira continent mana pun deme berada |
|
|
|
|
|
|
|
Kene post partum depressioan ke sheolls?
Sanggup ye tinggal 7 anak mcm tu je ke ikut jantan lain ?.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
| |
|