Wanita menangis sebak apabila kes mencuri beg ditutup secara damai oleh polis. DetikNews melaporkan, dia menjadi suspek kes kecurian beg di stesen pengisian petrol pam (SPBU) di Bogor Barat, Bogor, Jawa Barat.
Kes itu diselesaikan menerusi keadilan restoratif (restorative justice) selepas mangsa menarik semula laporannya. Proses penyelesaian kes antara mangsa berusia 25 tahun dan suspek, 51, berlangsung dengan keadaan menyedihkan. Jurucakap polis Bandar Bogor Bismo Teguh Prakoso mengatakan kaedah titik tengah itu berlangsung dalam keadaan damai atas inisiatif mangsa sendiri. "Jadi itu atas inisiatif pihak mangsa. Kemudian kita menarik laporan dan lakukan proses restorative justice," kata Bismo.
Dia mengatakan barang-barang milik mangsa yang dicuri suspek sudah ditemukan dan dikembalikan. Suspek juga sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. "Mangsa sudah mendapatkan semua barangan miliknya termasuk telefon bimbit yang dicuri, sudah dikembalikan barangnya, mangsa pun menarik laporan polis dibuat sebelum ini" jelas Bismo. Kecurian itu terjadi di SPBU Bogor Barat, Kota Bogor pada 15 Februari lalu dan dirakam menerusi kamera litar tertutup sebelum ia tular di media sosial. Dalam rakaman itu, kelihatan suspek mengambil beg berisi dua telefon bimbit milik dua petugas di SBPU. Bagaimanapun, suspek ditahan polis lapan jam kemudian. Jurucakap polis Bogor Barat Imam Bakhtiar berkata, hasil siasatan mendapati, wanita berasal dari Ciomas, Bogor, itu mengaku nekad mencuri kerana memerlukan wang untuk membayar sewa. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT