CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 5

Makcik Terdesak Mencuri Untuk Bayar Sewa, Menangis Dimaafkan

[Copy link]
Post time 22-2-2023 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Wanita menangis sebak apabila kes mencuri beg ditutup secara damai oleh polis.


DetikNews melaporkan, dia menjadi suspek kes kecurian beg di stesen pengisian petrol pam (SPBU) di Bogor Barat, Bogor, Jawa Barat.




SUSPEK kes kecurian beg tangan di stesen pengisian petrol pam di Bogor Barat, Bogor, Jawa Barat meminta maaf kepada mangsa. FOTO Agensi





Kes itu diselesaikan menerusi keadilan restoratif (restorative justice) selepas mangsa menarik semula laporannya.


Proses penyelesaian kes antara mangsa berusia 25 tahun dan suspek, 51, berlangsung dengan keadaan menyedihkan.


Jurucakap polis Bandar Bogor Bismo Teguh Prakoso mengatakan kaedah titik tengah itu berlangsung dalam keadaan damai atas inisiatif mangsa sendiri.


"Jadi itu atas inisiatif pihak mangsa. Kemudian kita menarik laporan dan lakukan proses restorative justice," kata Bismo.


Dia mengatakan barang-barang milik mangsa yang dicuri suspek sudah ditemukan dan dikembalikan. Suspek juga sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.


"Mangsa sudah mendapatkan semua barangan miliknya termasuk telefon bimbit yang dicuri, sudah dikembalikan barangnya, mangsa pun menarik laporan polis dibuat sebelum ini" jelas Bismo.


Kecurian itu terjadi di SPBU Bogor Barat, Kota Bogor pada 15 Februari lalu dan dirakam menerusi kamera litar tertutup sebelum ia tular di media sosial.


Dalam rakaman itu, kelihatan suspek mengambil beg berisi dua telefon bimbit milik dua petugas di SBPU. Bagaimanapun, suspek ditahan polis lapan jam kemudian.


Jurucakap polis Bogor Barat Imam Bakhtiar berkata, hasil siasatan mendapati, wanita berasal dari Ciomas, Bogor, itu mengaku nekad mencuri kerana memerlukan wang untuk membayar sewa.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Curi brg xpe jangan mbak curi suami orang nanti kena ganyang dalam forum
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Insaf pon sbb ada cctv kn? Cuba klau xde
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai hape neng nak jual pun susah. Dahla boleh trace kalau android pun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 09:04 AM | Show all posts
jgn sok2 buat lg udehh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 10:06 AM | Show all posts
siannya muka mbak ni ala2 bibik tak diberi makan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.845785 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list