Air Asia tampil menjelaskan gambar tular kerusi pesawat penerbangan itu dipenuhi dengan pita pelekat kuning baru-baru ini. Pegawai Komunikasi Air Asia, Amzar Anizam berkata kepada Majoriti, perkara itu terjadi susulan kekurangan bahan gantian dalaman.
"Buat masa sekarang bukan sahaja Air Asia, tetapi rata-rata syarikat lain turut berhadapan dengan masalah yang sama dan kami terpaksa meneruskan penerbangan seperti yang dijadualkan. "Kalau tidak, kami boleh gantikan dengan pesawat yang lain cumanya ia akan menjejaskan masa dan tiket penerbangan penumpang yang sudah menunggu di lapangan terbang. "Jadi daripada jadual terpaksa ditunda, lebih baik ia diteruskan kerana yang rosak bukan di bahagian enjin ataupun sistem lapangan, kalau tunda nanti lagi ramai yang akan marah," katanya.
Amzar sekali lagi memohon maaf kepada penumpang yang terkesan dengan perkara itu sekali gus menegaskan pihaknya tidak akan sesekali mengabaikan keselamatan penumpang.
|
Simunggu replied at 22-2-2023 07:28 AM
ini yg nampak, kursi...apa hal spare parts electronic utk control engine & kapal? guna gam juga kah? ...
cursebreaker replied at 22-2-2023 08:08 AM
makin lama makin lekeh AA ni....
she replied at 22-2-2023 07:55 AM
Dia bukan penerbangan tambang murah
Tapi dah jadi penerbangan murahan
Dengan FA nye terjoget2 TT
Simunggu replied at 21-2-2023 11:28 PM
ini yg nampak, kursi...apa hal spare parts electronic utk control engine & kapal? guna gam juga kah? ...
ADVERTISEMENT