CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Lima Kenderaan: "Awak Telah Merampas Hidup Anak Kecil Saya"

20-2-2023 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3732| Komen: 60

Johor Bahru: "Lihatlah anak saya, masih kecil, masih belum sempat mengenal dunia. Terlalu singkat waktu bersama ibu bapanya. Terlalu singkat gelak tawa, tangisan dan permintaan dari dia."

Demikian luahan hati Aizat Istamuel Amir Hamzah, 30, bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun, Gibran Alfarizqi yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar, petang semalam.

Katanya, disebabkan kecuaian dan kelalaian seseorang, anak tunggalnya itu pergi meninggalkan dirinya dan isteri, Farida Kurnianingsih, 36.


Foto: Harian Metro

"Pada 19 Februari, jam 3.30 hingga 4.30 petang, kami sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Pasir Gudang. Saya kehilangan anak yang saya cintai dan isteri saya kritikal patah di pelbagai anggota badan.

"Harta, wang ringgit semua boleh diganti. Tapi, anak saya. Satu-satunya anak saya, tiada gantinya.


"Awak telah merampas hidup anak saya. Saya harap awak yang menyebabkan kemalangan ini sedar dan bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Justeru itu, Aizat memohon bantuan sekiranya ada individu yang mempunyai rekod atau rakaman ketika kejadian tampil membantu.

"Sebelum kemalangan saya melihat sebuah kenderaan berwarna hitam atau gelap memotong terlalu rapat dengan kereta dari arah bertentangan sehingga mereka mengelak dan terbabas melanggar saya dan kereta di belakang.

"Saya mohon bantuan jikalau ada sesiapa yang ada dashcam atau lain-lain bukti atau saksi untuk tampil ke Balai Trafik Kota Tinggi.

"Pagi semalam saya membawa isteri dan anak bermain pantai di Desaru. Gibran sangat gembira bermain pantai dan mengatakan gembira bermain bersama mama dan papa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, punca kemalangan disyaki memotong kenderaan tidak lepas.

"Nombor kenderaan tidak diketahui kerana kelima-lima kenderaan hilang kawalan akibat mengelak antara satu sama lain dari arah bertentangan.

"Polis dalam usaha mengesan saksi kemalangan membabitkan lima kereta yang mengorbankan kanak-kanak lelaki.

"Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Inspektor Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-479 3329 bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, kanak-kanak lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu Proton Pesona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda Insight. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 20-2-2023 06:14 PM
Highway tu time ptg, ada plak lori mmg ramai sgt driver xde kesabaran nk potong.. pastu nk potong terus 2 3 kereta & xnampak kereta yg dtg dr depan bukit or corner nyusahkn pengguna lain
Quote noor2 20-2-2023 06:17 PM
Aku baru terkena dgn jantan gila bawak Honda jazz subuh2 x pasang lampu rapat gila kat belakang kereta aku ...bangang ...aku hon kuat2 dia buat tak tahu je...melayu   mengantuk gamaknya...bongok..geram betul ingat balik...bawak kereta mcm mabuk todi....
Quote stingerbumpy 20-2-2023 06:21 PM
noor2 replied at 20-2-2023 06:17 PM
Aku baru terkena dgn jantan gila bawak Honda jazz subuh2 x pasang lampu rapat gila kat belakang kere ...

Hon ko memang menghala kebelakang?
Quote noor2 20-2-2023 06:51 PM
stingerbumpy replied at 20-2-2023 06:21 PM
Hon ko memang menghala kebelakang?

Ya aku kat depan..dia kat belakang  .kemudian dia sebelah dan kedepan aku hon lagi...
Quote Weller 20-2-2023 06:56 PM
soalan kontroversi a.k.a sensitif a.k.a ramai yang akan sentap
(sori kalu sentap.)


anak dalam carseat ke riba ke lain-lain?


hiway desaru memang gila kalau time weekend.
Quote lasagnaklcc 20-2-2023 07:11 PM
Anak dia 2 tahun pangku kot. Kecik sgt nak biar duduk kat blkg kalau tak dlm carseat.

Quote stingerbumpy 20-2-2023 07:40 PM
noor2 replied at 20-2-2023 06:51 PM
Ya aku kat depan..dia kat belakang  .kemudian dia sebelah dan kedepan aku hon lagi...

Nampak lebih pada ko yg mabuk.....

Quote green~tea 20-2-2023 07:46 PM
Aku kat sini last week.. ada meeting so stay area bandar penawar..

Lebuh raya senai ni BODOH GILA.. first time ooiiiiiii aku lalu lebuh raya BERTOL tp SATU LANE JEEE.....

ada lori seketul cukup lah utk buat jemmm panjang berjela...
Quote finn 20-2-2023 07:49 PM
green~tea replied at 20-2-2023 07:46 PM
Aku kat sini last week.. ada meeting so stay area bandar penawar..

Lebuh raya senai ni BODOH GILA.. ...

Setuju.. Setuju..
Quote green~tea 20-2-2023 07:52 PM
finn replied at 20-2-2023 07:49 PM
Setuju.. Setuju..

Kalo nak fly to senai utk meeting kat pengerang pun tetap lah kena lalu highway ni dgn airport cab.. apa pun tak bulehhhhh...
Quote midori888 20-2-2023 07:55 PM
Sedihnyer...tumpang simpati kat dia....
Quote kepompong 20-2-2023 08:29 PM
green~tea replied at 20-2-2023 07:46 PM
Aku kat sini last week.. ada meeting so stay area bandar penawar..

Lebuh raya senai ni BODOH GILA.. ...

hiway tu dah bertahun2 lamanya.. dan dah ramai org paksa rela tak ikhlas bayar tol sbb mmg tak puas hati
Quote kepompong 20-2-2023 08:30 PM
Pelik sgt kenapa lulus projek highway yg sebegini rupa
Quote kepompong 20-2-2023 08:30 PM
nak buat tu . buat la bebetul. Tak ikhlas
Quote ninja boy 20-2-2023 11:22 PM
Edited by ninja boy at 20-2-2023 11:23 PM

Highway bodoh 2 lorong jadi 1 lorong
Quote mawarika 20-2-2023 11:34 PM
Highway paling bodohhhh..harap sultan amek port kes Highway tak rupa Highway ni. Buat la 4 lorong. Eiii cam nak carut je.. dah rupa jalan segamat ke muazam shah masa aku skola dulu ulang alik jb Kuantan. Sedihhhh jalannyaaaa.. choiii
Quote LoveSungmin 21-2-2023 02:42 AM
Weller replied at 20-2-2023 06:56 PM
soalan kontroversi a.k.a sensitif a.k.a ramai yang akan sentap
(sori kalu sentap.)


i pun nak tanya soalan yang sama..
Quote imanjannah 21-2-2023 05:18 AM
innalillahwainnalillhirojiun..
Quote rosedemon 21-2-2023 08:40 AM
sorga buatmu dek

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.421290 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top