View: 3378|Reply: 60
|
Nahas Lima Kenderaan: "Awak Telah Merampas Hidup Anak Kecil Saya"
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: "Lihatlah anak saya, masih kecil, masih belum sempat mengenal dunia. Terlalu singkat waktu bersama ibu bapanya. Terlalu singkat gelak tawa, tangisan dan permintaan dari dia."
Demikian luahan hati Aizat Istamuel Amir Hamzah, 30, bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun, Gibran Alfarizqi yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar, petang semalam.
Katanya, disebabkan kecuaian dan kelalaian seseorang, anak tunggalnya itu pergi meninggalkan dirinya dan isteri, Farida Kurnianingsih, 36.
 Foto: Harian Metro
" ada 19 Februari, jam 3.30 hingga 4.30 petang, kami sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Pasir Gudang. Saya kehilangan anak yang saya cintai dan isteri saya kritikal patah di pelbagai anggota badan.
"Harta, wang ringgit semua boleh diganti. Tapi, anak saya. Satu-satunya anak saya, tiada gantinya.
"Awak telah merampas hidup anak saya. Saya harap awak yang menyebabkan kemalangan ini sedar dan bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Justeru itu, Aizat memohon bantuan sekiranya ada individu yang mempunyai rekod atau rakaman ketika kejadian tampil membantu.
"Sebelum kemalangan saya melihat sebuah kenderaan berwarna hitam atau gelap memotong terlalu rapat dengan kereta dari arah bertentangan sehingga mereka mengelak dan terbabas melanggar saya dan kereta di belakang.
"Saya mohon bantuan jikalau ada sesiapa yang ada dashcam atau lain-lain bukti atau saksi untuk tampil ke Balai Trafik Kota Tinggi.
" agi semalam saya membawa isteri dan anak bermain pantai di Desaru. Gibran sangat gembira bermain pantai dan mengatakan gembira bermain bersama mama dan papa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, punca kemalangan disyaki memotong kenderaan tidak lepas.
"Nombor kenderaan tidak diketahui kerana kelima-lima kenderaan hilang kawalan akibat mengelak antara satu sama lain dari arah bertentangan.
" olis dalam usaha mengesan saksi kemalangan membabitkan lima kereta yang mengorbankan kanak-kanak lelaki.
"Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Inspektor Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-479 3329 bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, kanak-kanak lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu Proton Pesona, Honda CRZ, Perodua Myvi, Perodua Bezza dan Honda Insight. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Highway tu time ptg, ada plak lori mmg ramai sgt driver xde kesabaran nk potong.. pastu nk potong terus 2 3 kereta & xnampak kereta yg dtg dr depan bukit or corner nyusahkn pengguna lain |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru terkena dgn jantan gila bawak Honda jazz subuh2 x pasang lampu rapat gila kat belakang kereta aku ...bangang ...aku hon kuat2 dia buat tak tahu je...melayu mengantuk gamaknya...bongok..geram betul ingat balik...bawak kereta mcm mabuk todi.... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 20-2-2023 06:17 PM
Aku baru terkena dgn jantan gila bawak Honda jazz subuh2 x pasang lampu rapat gila kat belakang kere ...
Hon ko memang menghala kebelakang? |
|
|
|
|
|
|
|
stingerbumpy replied at 20-2-2023 06:21 PM
Hon ko memang menghala kebelakang?
Ya aku kat depan..dia kat belakang .kemudian dia sebelah dan kedepan aku hon lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
soalan kontroversi a.k.a sensitif a.k.a ramai yang akan sentap
(sori kalu sentap.)
anak dalam carseat ke riba ke lain-lain?
hiway desaru memang gila kalau time weekend. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia 2 tahun pangku kot. Kecik sgt nak biar duduk kat blkg kalau tak dlm carseat.
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 20-2-2023 06:51 PM
Ya aku kat depan..dia kat belakang .kemudian dia sebelah dan kedepan aku hon lagi...
Nampak lebih pada ko yg mabuk.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku kat sini last week.. ada meeting so stay area bandar penawar..
Lebuh raya senai ni BODOH GILA.. first time ooiiiiiii aku lalu lebuh raya BERTOL tp SATU LANE JEEE.....
ada lori seketul cukup lah utk buat jemmm panjang berjela... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 20-2-2023 07:46 PM
Aku kat sini last week.. ada meeting so stay area bandar penawar..
Lebuh raya senai ni BODOH GILA.. ...
Setuju.. Setuju.. |
|
|
|
|
|
|
|
finn replied at 20-2-2023 07:49 PM
Setuju.. Setuju..
Kalo nak fly to senai utk meeting kat pengerang pun tetap lah kena lalu highway ni dgn airport cab.. apa pun tak bulehhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnyer...tumpang simpati kat dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 20-2-2023 07:46 PM
Aku kat sini last week.. ada meeting so stay area bandar penawar..
Lebuh raya senai ni BODOH GILA.. ...
hiway tu dah bertahun2 lamanya.. dan dah ramai org paksa rela tak ikhlas bayar tol sbb mmg tak puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik sgt kenapa lulus projek highway yg sebegini rupa |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat tu . buat la bebetul. Tak ikhlas |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 20-2-2023 11:23 PM
Highway bodoh 2 lorong jadi 1 lorong |
|
|
|
|
|
|
|
Highway paling bodohhhh..harap sultan amek port kes Highway tak rupa Highway ni. Buat la 4 lorong. Eiii cam nak carut je.. dah rupa jalan segamat ke muazam shah masa aku skola dulu ulang alik jb Kuantan. Sedihhhh jalannyaaaa.. choiii |
|
|
|
|
|
|
|
Weller replied at 20-2-2023 06:56 PM
soalan kontroversi a.k.a sensitif a.k.a ramai yang akan sentap
(sori kalu sentap.)
i pun nak tanya soalan yang sama.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|