Majikan diarahkan mahkamah untuk membayar pampasan 3,453 pound sterling (kira-kira RM18,406) kepada pekerjanya yang dipecat kerana mengambil cuti sakit. Harian Metro memetik laporan Metro UK, Christian Donnely, 39, diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi itu kepada Celine Thorley, 25, selepas hakim mendapati wanita itu ada alasan kukuh iaitu senggugut.
Tribunal pekerja memutuskan Thorley, dari Cardiff, dipecat secara tidak adil oleh majikannya yang gagal mengikuti proses pemecatan secara telus. Difahamkan, konflik berlaku apabila pemilik Acute Barbers di Cardiff University Students' Union itu memberi amaran kepada Celine ketika hujung syif, pada satu Jumaat supaya jangan menghampakannya dengan tidak datang kerja pada Isnin. Bagaimanapun, Celine menghantar surat pada Isnin mengatakan dia tidak dapat datang kerja kerana sakit.
Donnely yang kemudian memecatnya, memberitahu tribunal bahawa Celine mengambil lebih banyak cuti sakit berbanding rakan sekerjanya pada tahun pertama bekerja. Secara keseluruhannya, dia dikatakan tidak hadir pada 17 kali Isnin dan Selasa. Celine memaklumkan hakim dia menghidap endometriosis, satu keadaan boleh menyebabkan sakit pelvis yang melumpuhkan sambil menyatakan ibu mentuanya mengambil cuti untuk menjaganya. Walaupun belum disahkan secara rasmi menghidap penyakit itu, pendandan rambut berkenaan berada dalam senarai menunggu untuk dilihat oleh pakar sakit puan. - CARI |
edoraixora replied at 20-2-2023 05:09 PM
kalau dapat pekerja yg selalu mc isnin jumaat, apa patut dibuat
pekanwoohoo replied at 20-2-2023 04:58 PM
Kalau macam ni berlaku dekat Malaysia boleh fight balik tak majikan?
edoraixora replied at 20-2-2023 05:09 PM
kalau dapat pekerja yg selalu mc isnin jumaat, apa patut dibuat
dekmieDandy replied at 21-2-2023 12:04 PM
pernah terbaca, memang ada yang menang dekat sini
yang tu lagi teruk, hari pertama patut masuk pa ...
ADVERTISEMENT