CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1536|Reply: 11

Majikan Diarah Bayar Ganti Rugi RM18,406 Sebab Pecat Pekerja Sering MC Pada Isnin

[Copy link]
Post time 20-2-2023 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Majikan diarahkan mahkamah untuk membayar pampasan 3,453 pound sterling (kira-kira RM18,406) kepada pekerjanya yang dipecat kerana mengambil cuti sakit.


Harian Metro memetik laporan Metro UK, Christian Donnely, 39, diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi itu kepada Celine Thorley, 25, selepas hakim mendapati wanita itu ada alasan kukuh iaitu senggugut.




Celine - Agensi




Tribunal pekerja memutuskan Thorley, dari Cardiff, dipecat secara tidak adil oleh majikannya yang gagal mengikuti proses pemecatan secara telus.


Difahamkan, konflik berlaku apabila  pemilik Acute Barbers di Cardiff University Students' Union itu memberi amaran kepada Celine ketika hujung syif, pada satu Jumaat supaya jangan menghampakannya dengan tidak datang kerja pada Isnin.


Bagaimanapun, Celine menghantar surat pada Isnin mengatakan dia tidak dapat datang kerja kerana sakit.


Donnely yang kemudian memecatnya, memberitahu tribunal bahawa Celine  mengambil lebih banyak cuti sakit berbanding rakan sekerjanya pada tahun pertama bekerja.


Secara keseluruhannya, dia dikatakan tidak hadir pada 17 kali Isnin dan Selasa.


Celine memaklumkan hakim dia menghidap endometriosis, satu keadaan boleh menyebabkan sakit pelvis yang melumpuhkan sambil menyatakan ibu mentuanya mengambil cuti untuk menjaganya.


Walaupun belum disahkan secara rasmi menghidap penyakit itu, pendandan rambut berkenaan berada dalam senarai menunggu untuk dilihat oleh pakar sakit puan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 04:58 PM | Show all posts
Kalau macam ni berlaku dekat Malaysia boleh fight balik tak majikan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 05:09 PM | Show all posts
kalau dapat pekerja yg selalu mc isnin jumaat, apa patut dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 05:19 PM | Show all posts
Office I pun dulu ramai je rajin mc Monday. In fact kalau weekend tu I tau theyols gi bercuti jauh sikit, confirm Monday tu amik mc.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mc bila perlu jer..jgn salahguna mc
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 20-2-2023 05:09 PM
kalau dapat pekerja yg selalu mc isnin jumaat, apa patut dibuat


Call clinik yg kasi MC tu... lepas dapat pengesahan baru buat tindakan selanjutnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sengugut pun tahu monday blues.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Majikan malas ambik pekerja sebab ni la. Last2 semua dapat part time atau contract job aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 12:04 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 20-2-2023 04:58 PM
Kalau macam ni berlaku dekat Malaysia boleh fight balik tak majikan?

pernah terbaca, memang ada yang menang dekat sini

yang tu lagi teruk, hari pertama patut masuk pastu eksiden, terus mc seminggu kot

majikan pecat, tapi salah sebab dia proper mc

lawan guna pejabat buruh je, dapat banyak ribu jugak denda majikan, tapi majikan tu bayar ke tak, tak tahular
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 07:29 PM | Show all posts
edoraixora replied at 20-2-2023 05:09 PM
kalau dapat pekerja yg selalu mc isnin jumaat, apa patut dibuat

kontrol la yg bagi MC tu, dats y seelok2nya appoint panel clinic
kalau panel clinic tu jauh , extend le klinik kesihatan gomen


meols tak accept MC bukan panel, ni mmg benda dah ada dlm company guideline, masa itw pun dah explain, masa accept job offer pun staff kena sign tanda paham & setuju


so takde masalah staff amek MC

yg kena tangkap guna MC tipu, tunggu dapat pengsahan dari spital kata MC tu tipu, lepas tu buat polis report, staff kena tindakan disiplin and dibuang

settle masalah, semua kecut nak buat dah

polis dtg ofc angkut.. berani ke? meh la keja ngan meols
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 07:32 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 21-2-2023 12:04 PM
pernah terbaca, memang ada yang menang dekat sini

yang tu lagi teruk, hari pertama patut masuk pa ...

tu sbb kampeni tak buat pengesahan mc

kalau mmg sah, tak boleh buang, kalo staff report JTK, mmg kampeni kena bayar gaji tertunggak tu sama kompaun kut

1st day mmg dah cover dlm labour law bab MC and hospitalization ni, and tak boleh capped ikut bulan mcm AL tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I hate monday
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 1.725481 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list