Ahli Parlimen pembangkang membuat usul tergempar, meminta Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. Sinar Harian melaporkan, usul tersebut dikemukakan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1).
Kerjaan digesa berbuat demikian memandangkan keadaan terdesak termasuk peningkatan harga barangan dan kos sara hidup. "Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal sehelai sepinggang, dan sudah menjadi tanggungjawab ahli Parlimen untuk mengotakan janji untuk membantu rakyat. "Oleh demikian, saya merasakan isu ini perlu disegerakan untuk dibincangkan kerana Kerajaan Perpaduan yang disebut boleh mengambil langkah yang sama seperti dilakukan sewaktu era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu membenarkan pengeluaran KWSP," katanya ketika membacakan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Bagaimanapun, usulnya itu ditolak dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mencadangkan agar Shahidan mengemukakan semula semasa pembentangan Belanjawan 2023. Loading FB Post... Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ketika membahaskan usul Titah Diraja bersetuju dengan usul yang dibawa Shahidan, dan mencadangkan kerajaan mempertimbangkan semula pengeluaran KWSP secara bersasar. "Hari ini ada 13.1 juta atau lebih kurang 51 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 dan mungkin baru bekerja. "Bagaimana pula pencarum yang lama bekerja lebih 20 tahun dan mungkin simpanan mereka ada puluhan ribu atau ratusan ribu, tak akan ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ini duit mereka," katanya. Terdahulu, Muhyiddin menggesa kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu kehendak rakyat. Namun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kerajaan tidak lagi membenarkan pengeluaran KWSP memandangkan simpanan susut 50 peratus. - CARI
|
batu kikir replied at 20-2-2023 10:04 PM
Gomen buat apa..... Gomen
Garu telor je ke?
Piji formulapun nampak benar takde idea.
batu kikir replied at 20-2-2023 10:04 PM
Gomen buat apa..... Gomen
Garu telor je ke?
Piji formulapun nampak benar takde idea.
ADVERTISEMENT