CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1874|Reply: 20

Ada Yang Jual Harta Tinggal Sehelai Sepinggang, Shahidan Kemuka Usul Tergempar Pengeluaran KWSP

[Copy link]
Post time 20-2-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen pembangkang membuat usul tergempar, meminta Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.


Sinar Harian melaporkan, usul tersebut dikemukakan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1).




FB




Kerjaan digesa berbuat demikian memandangkan keadaan terdesak termasuk peningkatan harga barangan dan kos sara hidup.


"Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal sehelai sepinggang, dan sudah menjadi tanggungjawab ahli Parlimen untuk mengotakan janji untuk membantu rakyat.


"Oleh demikian, saya merasakan isu ini perlu disegerakan untuk dibincangkan kerana Kerajaan Perpaduan yang disebut boleh mengambil langkah yang sama seperti dilakukan sewaktu era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu membenarkan pengeluaran KWSP," katanya ketika membacakan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada Isnin.


Bagaimanapun, usulnya itu ditolak dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mencadangkan agar Shahidan mengemukakan semula semasa pembentangan Belanjawan 2023.







Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ketika membahaskan usul Titah Diraja bersetuju dengan usul yang dibawa Shahidan, dan mencadangkan kerajaan mempertimbangkan semula pengeluaran KWSP secara bersasar.


"Hari ini ada 13.1 juta atau lebih kurang 51 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 dan mungkin baru bekerja.


"Bagaimana pula pencarum yang lama bekerja lebih 20 tahun dan mungkin simpanan mereka ada puluhan ribu atau ratusan ribu, tak akan ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ini duit mereka," katanya.


Terdahulu, Muhyiddin menggesa kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu kehendak rakyat.


Namun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kerajaan tidak lagi membenarkan pengeluaran KWSP memandangkan simpanan susut 50 peratus. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Menangguk jelaa kan…

Iols paham rakyat masih ramai yg susah tp adakah tiap tahun akan ada isu sama minta nak kuar kwsp yaa
Bukit kalau ditarah lama2  rata jugaa,
Mungkin perlu cari penyelesaian lain juga selain kuarkan kwsp.
Sbb kwsp ni duit kita sendiri bkn duit hadiah dr gomen pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen buat apa..... Gomen
Garu telor je ke?
Piji formulapun nampak benar takde idea.
Nuar.......hurmmm....malas cakap la..... dah 3 bulan tak nampakpun biji butir planning dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lah usik kwsp tu lagi.. dulu bagi sebab COVID n pkp. Skrg dah buka semua. Pi cari kerja berniaga...Yang berhutang pi lah nego dgn pihak bank atau mintak nasihat AKPK. Cut down on expenses...stop lah membazir.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
In reality berniaga pun krik2 cerita viral je di media sosial je lebih2
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 08:09 AM | Show all posts
iye ke ...teruk sangat ke hidup tu...?

rasanya dunia semua ekonomi dah buka...pelancong semua dah boleh berjalan..

dunia perfileman hollywood pun dah kembali meriah.pelakon dah kembali ke set belakon drama dam filem.
majlis anugerah semua jalan macam biasa.

pejabat semua dah buka..kilang semua dah beroperasi
perniagaan semua dah buka

zaman covid-19 dah makin berkurangan...takkan lar tak de kerja langsung.,
aku rasa ini jenis manusia dah sedap pegang duit banyak 2x pengeluaran...lepas tu nak lagi...sampai habis duit sebelum umur 55thn..

orang macam ni rekod dalam sistem kalau mohon baitulmal jangan luluskan ....sebab belum sampai umur pencen ..duit dah habis joli..lepas tu dah tua sakit ...merempat nak mohon baitulmal...jangan layan..kalau aku biar mampos je tepi jalan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Retirement fund sendiri pun nak sakau...dasar penyakau
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 08:26 AM | Show all posts
Usaha lah kerja teruk sikit, belajar berjimat sementara muda ni. Dah tua esok tak ada retirement fund cemana nak hidup?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 08:56 AM | Show all posts
i nampak bg kesedaran pengurusan kewangan lagi bagus dari bg korek tabung.

Org kita ni banyak pakai fahaman duit tak boleh bawa mati. Pakai je la duit tu, kalau simpan mati awal tak merasa. Huhu..sedara i ada gitu. Dia pernah sound I and my mom, cerita kawan dia jenis berjimat, tp mati awal, so tak sempat merasa hasil simpanan.

Sedangkan dia semua duit masa kerja dulu joli habis2san dan tiap2 bulan kalau anak2 lambat masuk sikit dh menangis marahkan anak. Dh tu tercakap benda tak elok2 kt anak2. Anak2 dia semua struggle kot sb semua pun jenis berbisnes. Baru nk naik balik lepas pkp.

Bagi i, biarlah  hidup ikut kemampuan aja, janji simpanan bila dh tua ada. Kalau ada anak, nk harapkan anak pun susah sb hidup makin mencabar kan? Anak2 nk mula hidup pun akan struggle.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah seruoa maharaja lawak dah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 20-2-2023 10:04 PM
Gomen buat apa..... Gomen
Garu telor je ke?
Piji formulapun nampak benar takde idea.

Dh terbukti 2 ekor ni sembang kencang je. So, next pru moh le kita jatuhkn mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:47 AM | Show all posts
Macamana sampai tinggal sehelai sepinggang.  I curious, yg sampai jual harta dan tinggal sehelai sepinggang tu siapa yg buat decision?  Bila dah jadi macam ni tiba2 gomen pula dah janji nak kasi keluar epf pula.  setakat 10-20K tu apa boleh buat, habis belanja takan nak meyalak lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 09:58 AM | Show all posts
Kalaulah ada sesiapa yang boleh bayarkan hutang personal loan pokcik ni huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:29 AM | Show all posts
yang aku pelik dah 2x pengeluaran di benarkan...x kan masih x dapat hidup lagi business lingkup lagi ke?,,,dapt duit ko joli ke bayar hutang?...dalam ko bayar hutang sewaktu 2x pengeluaran  tu dalam masa sama cari lar kerja untuk backup setiap bulan ada gaji ada duit..ini tak..keja tak nak...nak keluar lagi EPF ...joli lagi... kuar lagi Joli lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:30 AM | Show all posts
Aku tak paham betul la kenapa orang yang tak nak keluarkan KWSP ni sibuk nak komen. Korang tak nak keluar sudah la duduk diam2. Apa masalahnya kalau mereka yang ada simpanan 200K ke atas contohnya nak kluarkan 30K ke boleh je. Ni kerana orang yang ada 5K atau 10K je simpanan habis pukul rata semua tak boleh keluar???

Cakap jela kerajaan nak guna duit tu habis cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 10:46 AM | Show all posts
asyik guna idea najib je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 10:56 AM | Show all posts
Kalau bagi kali ni percayala di lain masa minta lagi.
Skrg makin menjadi2 isu ni di mainkan sbb nak masuk musim raya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 21-2-2023 02:43 PM
batu kikir replied at 20-2-2023 10:04 PM
Gomen buat apa..... Gomen
Garu telor je ke?
Piji formulapun nampak benar takde idea.


Gomen tengah sibuk dengan segala bagai 'Rahmah'  kononnya menunjukkan ada buat kijerrr
PMX tengah sibuk dengan merealisasikan segala plan yang di rancang kan untuk mendakwa-dakwi satu persatu pihak2 dan individu2 tertentu supaya dapat melunaskan dendam kesumat yang di peram selama ni
Kemaslahatan rakyat di campak ke dalam longkang
Bila lah PRN untuk 6 negeri nak di adakan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:30 PM | Show all posts
Aku harap dapat PMX bagi keluar EPF lps raya  sbb nak beli moto baru. Nak let go moto duke aku tu nak tukar ke Z250 modenas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2023 02:34 PM | Show all posts
barang sekarang dh mahal, byk company2 yg tak bagi bonus or increment lagi.. nie diaorg minta utk sekolah & raya kan,.

tau la kan org kita kalau raya kalau boleh biar miskin asal bergaya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.785892 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list