CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengujung Panik, Katakutan Tengok Lelaki Diserang Jerung Di New Caledonia

20-2-2023 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1053| Komen: 4

Orang ramai ketakutan dan panik apabila menyaksikan seekor jerung menyerang seorang pelancong Australia hingga maut di wilayah Pasifik Perancis di New Caledonia.

MalaysiaGazette melaporkan mangsa berusia 59 tahun itu sedang berenang kira-kira 150 meter (500 kaki) dari pantai di Noumea apabila dia diserang pada hari Ahad.



Gambar hiasan

Lelaki itu mengalami luka besar di kaki dan lengannya akibat digigit beberapa kali.

Dia yang dibawa oleh dua pelayar ke pantai disahkan meninggal dunia.

Insiden menyayat hati ini adalah serangan jerung ketiga berhampiran Pantai Chateau-Royal dalam tempoh tiga minggu.

Berikutan kejadian, pihak berkuasa menutup kebanyakan pantai di kawasan itu dan usaha menangkap jerung sedang dibuat.

Menurut Muzium Semula Jadi Florida, New Caledonia yang terletak di selatan Vanuatu, adalah kira-kira 1,200km (750 batu) timur Australia merupakan kawasan ke-13 di dunia yang menyaksikan kekerapan serangan jerung. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 20-2-2023 02:51 PM
Nak tangkap sekor jaws dlm lautan pasifik yg seluas2 alam tuh??

Good luck lah yer
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 02:55 PM
rest in peace.....
Quote intan244 21-2-2023 05:13 PM
jaws tu xtelan ek
Quote Tinot7 21-2-2023 06:45 PM
Tahun lepaih gempar ada org kena makan dek jerung kat ostolia.. dia berenang dari satu teluk ke teluk yg lain..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.030209 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top