View: 928|Reply: 4
|
Pengujung Panik, Katakutan Tengok Lelaki Diserang Jerung Di New Caledonia
[Copy link]
|
|
Orang ramai ketakutan dan panik apabila menyaksikan seekor jerung menyerang seorang pelancong Australia hingga maut di wilayah Pasifik Perancis di New Caledonia.
MalaysiaGazette melaporkan mangsa berusia 59 tahun itu sedang berenang kira-kira 150 meter (500 kaki) dari pantai di Noumea apabila dia diserang pada hari Ahad.
Gambar hiasan
Lelaki itu mengalami luka besar di kaki dan lengannya akibat digigit beberapa kali.
Dia yang dibawa oleh dua pelayar ke pantai disahkan meninggal dunia.
Insiden menyayat hati ini adalah serangan jerung ketiga berhampiran Pantai Chateau-Royal dalam tempoh tiga minggu.
Berikutan kejadian, pihak berkuasa menutup kebanyakan pantai di kawasan itu dan usaha menangkap jerung sedang dibuat.
Menurut Muzium Semula Jadi Florida, New Caledonia yang terletak di selatan Vanuatu, adalah kira-kira 1,200km (750 batu) timur Australia merupakan kawasan ke-13 di dunia yang menyaksikan kekerapan serangan jerung. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tangkap sekor jaws dlm lautan pasifik yg seluas2 alam tuh??
Good luck lah yer |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lepaih gempar ada org kena makan dek jerung kat ostolia.. dia berenang dari satu teluk ke teluk yg lain.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|