CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bas Perantara Percuma Kurangkan Kesesakan Di Parlimen

20-2-2023 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 400| Komen: 3

Selain memberi kemudahan kepada kakitangan Parlimen, kesesakan dijangka dapat dikurangkan dengan penggunaan perkhidmatan bas perantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen yang bermula hari ini.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata setiap hari sekurang-kurangnya 2,000 kenderaan memasuki bangunan Parlimen dengan jumlah parkir yang disediakan hanya kurang 500 lot.


Twitter Ask Rapid KL

"Seperti saya cakap dua minggu lalu kita nak mulakan perkhidmatan ini sebagai alternatif untuk warga Parlimen datang ke Parlimen termasuk Ahli Parlimen, kakitangan dan ramai pegawai kementerian yang bertugas ketika sidang Dewan Rakyat termasuk rakan media.

"Ini memberi kesan kepada warga yang bertugas di Parlimen termasuk media dan pegawai yang terpaksa beratur panjang setiap pagi untuk memasuki Parlimen, yang mana kadang-kadang hampir satu jam untuk masuk sahaja.


"Jadi kita nak memudahkan kepada pegawai dan media kerana kita faham hari sebelumnya bertugas sehingga lewat malam ini sudah tentu menjejaskan kualiti hidup masing-masing," katanya ketika melancarkan perkhidmatan tersebut di KL Sentral, hari ini.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata perkhidmatan bas perantara percuma itu melibatkan kos sebanyak RM800 sehari bagi sebuah bas, dan disediakan sepanjang persidangan Dewan Rakyat.


Twitter Ask Rapid KL

Jelas beliau lagi, mereka yang menggunakan bas perantara tidak perlu beratur sebaliknya hanya berhenti untuk mengambil pas keselamatan sebelum memasuki bangunan Parlimen.


Twitter Ask Rapid KL

Dengan jarak sejauh lima kilometer (km), Bas perantara percuma ini bergerak sejauh lima kilometer (km), dari KL Sentral ke Taman Botani sebelum ke bangunan Parlimen dan dua bas akan disediakan setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi setiap 30 minit.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 02:04 PM
malas aku nk komen lebih2
Quote mikasa 20-2-2023 02:06 PM
Semua nak tunggu YB Loke setel ke
Quote tripleid 20-2-2023 03:06 PM
Zmn menteri Dap baru leh tgk menteri naik bas mcm marhaen..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.039977 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top