CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Senang Je Dapat Watak Utama, Arnie Shasha Dituduh Guna Kabel Ibu Untuk Berlakon

20-2-2023 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5107| Komen: 36

Arnie Shasha menafikan kononnya dia melalui jalan mudah apabila diberi tawaran sebagai salah satu watak utama dalam filem pertama lakonannya berjudul Harum Maram.

Meskipun filem tersebut merupakan kerjasama terbitan D'Ayu Pictures iaitu produksi milik ibunya sendiri, Arnie, 18, memberitahu dia tetap perlu jalani sesi ujibakat seperti mana pelakon lain.


Foto: IG

"Saya tidak ambil jalan mudah. Saya juga pergi casting. Malah sebelum ke sesi ujibakat itu saya ambil kelas lakonan sebagai persediaan bergelar pelakon.

"Saya ini seorang yang introvert, jadi bukan mudah untuk berlakon. Kalau ada yang kata saya gunakan ibu untuk berlakon, itu memang salah," katanya kepada mStar.



Ternyata percubaan pertama Ernie membawakan watak Ah Boy dalam filem arahan Dain Said itu berbaloi apabila dia mendapat pujian pengarah serta barisan pelakon senior yang lain seperti Remy Ishak dan Bront Palarae.

Tambah Arnie, berlakon di bawah arahan Dain juga merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya sebagai orang baharu yang mula berjinak-jinak dalam dunia seni.



Malah Arnie tidak menolak untuk terus serius menerima tawaran berlakon meskipun sekarang ini fokusnya lebih tertumpu ke bidang sukan sebagai persediaan untuk layak ke Sukan SEA akan datang.

"Sekarang ini saya fokus untuk layak ke Sukan SEA dulu. Memang sejak umur 10 tahun saya sudah terlibat dengan sukan taekwondo.

"Kalau diberi pilihan antara sukan dan berlakon, saya utamakan sukan dahulu. Namun jika lebih banyak tawaran selepas ini saya tidak menolak untuk cuba.

"Saya bersyukur filem pertama ini mendapat pujian pengarah. Saya selesa berlakon dan berada di lokasi. Bagaimanapun ada juga rasa takut nak melihat respon penonton.



Dalam masa sama Arnie sedar langkah dalam dunia seni ini pasti akan diiringi oleh pelbagai cerita sensasi termasuk perhatian peminat yang sentiasa mahu tahu kisah peribadinya.

Enggan terlalu serius memikirkan hal tersebut, Arnie sentiasa berpegang kepada nasihat ibunya supaya tidak meninggi diri dan tahu bahawa dunia lakonan bukan semata-mata mengejar populariti.



"Saya masih awal dalam industri, belum ada kontroversi lagi. Jadi saya pun tak tahu bagaimana hendak berhadap dengan cerita panas. Apa pun yang orang mahu cakap terpulang kepada mereka. Saya tidak mahu terlalu fikir perkara itu.

"Ibu juga sentiasa pesan untuk buat yang saya suka. Dia banyak ingatkan supaya tidak sombong apabila sudah mula masuk ke dunia lakonan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 20-2-2023 10:03 AM
siapa mak nya?  baca artikel tappi skip skip kerana kejar masa. maaf.
Quote Thunderclouds 20-2-2023 10:05 AM
Nepo baby.
Hollywood sana ada.. Bollywood ada...
So?
Quote vanillaninja 20-2-2023 10:07 AM
So maknya bukan pelakon tapi ada production house sendiri la? Ok noted
Quote fossil 20-2-2023 10:08 AM
whoareyus????
Quote prizadane 20-2-2023 10:10 AM
Iols baru nak speku yang sheols ni anak ayu puteh side IK. Rupanya takde kaitan. Mak sheols nama ayu jugak tapi ayu lain. Okay lah dik.. masuk guna cable pun takde hal lah kalau kau pandai berlakon. Tapi tengok mekap cerita hantu tu, nampak la kau bukan jenis nak melawa. Hodoh mekap tu pun kau sanggup
Quote dudaberhias 20-2-2023 10:13 AM
bukan kau sorang je, ramai je retis2 top ke bbnu ke hero remaja dewi remaja semua pakai kabel nak masuk... bukannya betul2 datang dari kampung naik bas lompat2 macam dulu2 nak pergi uji bakat... so takde yang nak di hairankan...

padahal ramai yach jejan dan cikki2 cantik di muka bumi ni lagi2 di belah borneo dan utara... kalah pelakon2 yang ada... cumanya mereka punya slot telah di songlap dek orang2 yang berpengaruh... ataupun tak berbaloi nak naik bas lompat2 semata2 untuk ujibakat dan di tolak....
Quote prettyuglybabe 20-2-2023 10:34 AM
semoga ada bakat supaya tak dikecam dek..
harap rupa, marhaen saja..
gaya senyum amik gambar pun satu pesen..
Quote putu 20-2-2023 10:38 AM
Hmmm semoga berbakat
Quote jlo 20-2-2023 10:39 AM
all the best dek
Quote DeLuna85 20-2-2023 10:40 AM
Kalau rupa  begini aku percaya mmg sebab kabel.
Quote yondu 20-2-2023 11:02 AM
low profile nya dia. semua gambar2 dia tak bermekap. ke da mekap tapi masih below par [em:11:]
Quote September14 20-2-2023 11:15 AM
Pelakon je pun bukannya doctor

Lantak la kebel ke dawai ke… bkn masalah besar
Quote epullipan 20-2-2023 11:20 AM
tak kenal ko dik..harap jgn la terkenal kerana paha mu yang montok itu
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 12:03 PM
mcm hampehhhh jer
Quote pinkpunk 20-2-2023 12:10 PM
renovate lg muka tu dik
Quote Kurex 20-2-2023 12:11 PM
Kau siapa????
Quote anilanil 20-2-2023 12:12 PM
Berbakat ke idok tak tahu le sbb tak nengok lagi filem nyer tp muka & watak tu sesuai amat.
Quote Aneem 20-2-2023 12:43 PM
Berbakat ke dik?
Kat malaysia ni walau kau tak berbakat, netijen bebal tetap ada untuk fanclubkan kau kalau kau putih gebu, comel cantik atau seksi terjojol.
Tp kalau kau takde semua itu, silakan berambus dahulu sebelum kau menyesali takdir.
Quote fadz84 20-2-2023 12:48 PM
Dari zmn aunty noor, aunty ogy dulu pun dh ada nepo ni.. Tp dorg tu berbakat lar.. muka pun cantik zmn muda2 dulu.. sajak la jd heroin..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.138909 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top