Petugas barisan hadapan (frontliners) pastinya akan sentiasa mengingati setiap perkara yang berlaku semasa pandemik Covid-19 melanda negara suatu ketika dahulu. Pasukan perubatan terutamanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) bertungkus-lumus cuba menyelamatkan pesakit yang bertarung nyawa di hadapan mereka.
Perkongsian seorang ahli perubatan, Dr Elisa Omar mengenai situasi dilaluinya pada kemuncak pandemik Covid-19 sekitar dua tahun lalu menjadi perhatian ramai. Menerusi Twitter, Dr Elisa menceritakan bagaimana dia seolah-olah seperti menentukan hidup mati pesakitnya walaupun ia ialah ketentuan Tuhan. Pengalaman itu berlaku ketika dia bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor. "Saya ingat ketika menjadi sebahagian daripada pasukan Covid-19 di HTAR dua tahun lalu ketika pandemik di negara kita sedang meruncing. "Kami yang menentukan siapa yang akan dapat unit ventilator dan siapa tak akan dapat. "(Ia bermaksud) Siapa yang akan mati dan siapa akan terus hidup. Saya selalu bergaduh dengan pasukan bahagian anestetik sebab mereka asyik tolak permintaan untuk dapatkan unit ventilator kepada pesakit saya. "Itu baru permintaan untuk unit ventilator, belum permintaan nak masukkan ke ICU. Pesakit aku semua asyik mati je, mana boleh jadi. Mestilah aku jadi 'kaki gaduh'," luah Dr Elisa mengimbau semula momen itu. Dr Elisa turut berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit Covid-19 yang merupakan seorang pekerja pembersihan di HTAR. "Ada sekali tu pesakit ni dia seorang warga Indonesia. Cleaner di hospital kami sebenarnya. Dia dijangkiti Covid-19 di hospital. Keadaan dia waktu tu tidak berapa baik. "Kadar oksigen dalam darah dia tak sampai 80 peratus dan kekal macam tu untuk dua hari lebih. Saya tahu dia tidak akan bertahan lama. "Jadi saya rujuk perkara ini kepada pasukan anestetik yang juga merupakan penyelia saya, dia tak bagi saya intubate (prosedur bantuan pernafasan) sebab dia kata warga asing biasanya tak akan dapat bertahan dalam situasi ni. "Ventilator itu lebih baik diberikan kepada pesakit lain yang lebih memerlukan dengan peluang yang lebih tinggi untuk sembuh," kata Dr Elisa. Menurut Dr Elisa dia ketika itu dihantui rasa bersalah untuk melihat pesakitnya menghabiskan sisa-sisa hidup tanpa ada usaha daripada pihaknya berbuat sesuatu. "Jadi saya nak buat apa? Tak akan saya nak tenung je dia dan tengok dia meninggal dunia. Akhirnya penyelia bagi saya kebenaran untuk intubate pesakit tu, dia kata ikut keputusan saya. "Saya putuskan untuk intubate tapi pesakit tu tak nak pula. Pesakit tu cakap kalau intubate dia akan mati, saya cakap kalau tak intubate pun akan mati juga. "Kemudian saya minta dia untuk buat panggilan video kepada keluarga dia, beritahu mereka segalanya. Satu benda dia cakap dekat saya yang saya ingat sampai sekarang. "Dia tanya macam mana kalau dia tak bangun nanti lepas dah intubate, dia ada anak di kampung," cerita Dr Elisa yang tergamam kerana tidak mempunyai jawapan kepada soalan itu. Dr Elisa seterusnya mengajar pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah sekiranya ajal menjemputnya ketika dia ditidurkan nanti. "Sebelum saya intubate dia saya beritahu dia untuk mengucap dan doa banyak-banyak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir, pesakit itu meninggal dalam masa 48 jam yang seterusnya. "Saya tahu saya dah cuba yang terbaik dan akhirnya perlu berbalik kepada hakikat saya bukan Tuhan. "Berada di barisan hadapan ketika pandemik Covid-19 selama dua tahun meninggalkan trauma yang mendalam kepada saya. "Saya buat keputusan berdasarkan keadaan semasa dan ada kalanya keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan," ujar Dr Elisa mengakhiri ceritanya. Pengalaman diceritakan Dr Elisa ini perlu dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar terus menghargai peranan pasukan perubatan yang turut mempertaruhkan nyawa mereka demi melaksanakan tanggung jawab dipikul kerana Allah. -CARI Sumber: mStar Online
|
tripleid replied at 20-2-2023 09:50 AM
meanwhile kat Msia gomen Abahcow beli beratus biji ventilator rosak smpai rugi puluh juta
alesandra replied at 20-2-2023 10:11 AM
Aku masih ingat ketika itu ada poremer kepam celaka maki2 aku sambil mempertahankan si adham ba ...
tripleid replied at 20-2-2023 09:50 AM
ni semua pasal gomen Abahcow beli beratus biji ventilator rosak smpai beribu rakyat yg x berdosa men ...
alesandra replied at 20-2-2023 10:11 AM
Aku masih ingat ketika itu ada poremer kepam celaka maki2 aku sambil mempertahankan si adham ba ...
Simunggu replied at 20-2-2023 11:22 AM
ya betul..beli yg murah & rosak, bayar mahal mahal..
shernazz replied at 20-2-2023 10:55 AM
Efek covid prolong pung ramai kan
Laki iols sampai skang telinga berdesing...
Jumpa ent..depa kata m ...
susukambingbest replied at 20-2-2023 02:52 PM
Tahniah n trma ksih utk smua usaha n bntuan dr fronlinr trutma petugs hspital. Tp brhati2 la dlm mng ...
ADVERTISEMENT