CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2384|Reply: 33

"Kami Jadi Tuhan Tentukan Siapa Hidup Siapa Mati,"- Doktor Berebut Ventilator, Jadi Kaki Gaduh Demi Selamatkan Pesakit

[Copy link]
Post time 20-2-2023 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Petugas barisan hadapan (frontliners) pastinya akan sentiasa mengingati setiap perkara yang berlaku semasa pandemik Covid-19 melanda negara suatu ketika dahulu.


Pasukan perubatan terutamanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) bertungkus-lumus cuba menyelamatkan pesakit yang bertarung nyawa di hadapan mereka.


Perkongsian seorang ahli perubatan, Dr Elisa Omar mengenai situasi dilaluinya pada kemuncak pandemik Covid-19 sekitar dua tahun lalu menjadi perhatian ramai.


Gambar Hiasan




Menerusi Twitter, Dr Elisa menceritakan bagaimana dia seolah-olah seperti menentukan hidup mati pesakitnya walaupun ia ialah ketentuan Tuhan.


Pengalaman itu berlaku ketika dia bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor.







"Saya ingat ketika menjadi sebahagian daripada pasukan Covid-19 di HTAR dua tahun lalu ketika pandemik di negara kita sedang meruncing.


"Kami yang menentukan siapa yang akan dapat unit ventilator dan siapa tak akan dapat.


"(Ia bermaksud) Siapa yang akan mati dan siapa akan terus hidup. Saya selalu bergaduh dengan pasukan bahagian anestetik sebab mereka asyik tolak permintaan untuk dapatkan unit ventilator kepada pesakit saya.


"Itu baru permintaan untuk unit ventilator, belum permintaan nak masukkan ke ICU. Pesakit aku semua asyik mati je, mana boleh jadi. Mestilah aku jadi 'kaki gaduh'," luah Dr Elisa mengimbau semula momen itu.


Dr Elisa turut berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit Covid-19 yang merupakan seorang pekerja pembersihan di HTAR.


"Ada sekali tu pesakit ni dia seorang warga Indonesia. Cleaner di hospital kami sebenarnya. Dia dijangkiti Covid-19 di hospital. Keadaan dia waktu tu tidak berapa baik.


"Kadar oksigen dalam darah dia tak sampai 80 peratus dan kekal macam tu untuk dua hari lebih. Saya tahu dia tidak akan bertahan lama.


"Jadi saya rujuk perkara ini kepada pasukan anestetik yang juga merupakan penyelia saya, dia tak bagi saya intubate (prosedur bantuan pernafasan) sebab dia kata warga asing biasanya tak akan dapat bertahan dalam situasi ni.


"Ventilator itu lebih baik diberikan kepada pesakit lain yang lebih memerlukan dengan peluang yang lebih tinggi untuk sembuh," kata Dr Elisa.


Menurut Dr Elisa dia ketika itu dihantui rasa bersalah untuk melihat pesakitnya menghabiskan sisa-sisa hidup tanpa ada usaha daripada pihaknya berbuat sesuatu.


"Jadi saya nak buat apa? Tak akan saya nak tenung je dia dan tengok dia meninggal dunia. Akhirnya penyelia bagi saya kebenaran untuk intubate pesakit tu, dia kata ikut keputusan saya.


"Saya putuskan untuk intubate tapi pesakit tu tak nak pula. Pesakit tu cakap kalau intubate dia akan mati, saya cakap kalau tak intubate pun akan mati juga.


"Kemudian saya minta dia untuk buat panggilan video kepada keluarga dia, beritahu mereka segalanya. Satu benda dia cakap dekat saya yang saya ingat sampai sekarang.


"Dia tanya macam mana kalau dia tak bangun nanti lepas dah intubate, dia ada anak di kampung," cerita Dr Elisa yang tergamam kerana tidak mempunyai jawapan kepada soalan itu.


Dr Elisa seterusnya mengajar pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah sekiranya ajal menjemputnya ketika dia ditidurkan nanti.


"Sebelum saya intubate dia saya beritahu dia untuk mengucap dan doa banyak-banyak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir, pesakit itu meninggal dalam masa 48 jam yang seterusnya.


"Saya tahu saya dah cuba yang terbaik dan akhirnya perlu berbalik kepada hakikat saya bukan Tuhan.


"Berada di barisan hadapan ketika pandemik Covid-19 selama dua tahun meninggalkan trauma yang mendalam kepada saya.


"Saya buat keputusan berdasarkan keadaan semasa dan ada kalanya keadaan pada ketika itu tidak mengizinkan," ujar Dr Elisa mengakhiri ceritanya.


Pengalaman diceritakan Dr Elisa ini perlu dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar terus menghargai peranan pasukan perubatan yang turut mempertaruhkan nyawa mereka demi melaksanakan tanggung jawab dipikul kerana Allah. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 09:50 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 20-2-2023 11:25 AM

ni semua pasal gomen Abahcow beli beratus biji ventilator rosak smpai beribu rakyat yg x berdosa jadi mangsa









Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I feel you Dr Elsa


Terima kasih. Dan moga satu hari nnt anda at ease altogether.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:06 AM | Show all posts
Adik aku one of the doctors kat HTAR. HTAR antara hospital yg padat denga COVID masa tu. And betul.. dia cerita .. dorang kena decide siapa yg dapat guna ventilator yg limited tu.. based on prognosis.

Biasa dorang akan dulukan yg muda.. tiada sejarah penyakit.. higher chance of survival la senang cerita.. kadang sampai 3 4 fail kt tangan utk bagi ventilator.. choose only one. other 3, akan diberikan alasan x cukup ventilator.. kita akan tunggu..

and also.. dorang dulukan warganegara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 20-2-2023 09:50 AM
meanwhile kat Msia gomen Abahcow beli beratus biji ventilator rosak smpai rugi puluh juta

Aku masih ingat  ketika itu ada poremer  kepam celaka maki2 aku sambil  mempertahankan si adham baba sebagai menteri kesihatan terbaekkk yach
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat arwah kak not dia pun meninggal kat HTAR ni masa covid tgh teruk tu.
Dia duk jln kebun asalnya covid cam biasa tulaa tah cemana tiba O2 turun dan kena masuk hospital.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa kawan aku kat ofis ni meninggal sbb complications covid... autoimmune depa triggered and serang body.. mende mmg in genetics, tp immune system jd confused..

Yang jadi OKU and dpt pampasan pun ramai.. tp depa cakap tak guna duit juta juta pun sbb dah OKU bukan dpt apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:36 AM | Show all posts
.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 10:55 AM | Show all posts
aku bekerja setiap hari semasa covid.malas je nak citer. aku paham sangat kisah2 ventilator bagai ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Efek covid prolong pung ramai kan
Laki iols sampai skang telinga berdesing...
Jumpa ent..depa kata mmg ramai pesakit covid kena gitu juga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:04 AM | Show all posts
alesandra replied at 20-2-2023 10:11 AM
Aku masih ingat  ketika itu ada poremer  kepam celaka maki2 aku sambil  mempertahankan si adham ba ...

PM abahcow dgn adham air suam penyebab kematian beribu rakyat time pkp..

dah mcm ni pun melayu buta masih sokong dok berabah kulu kilir sbb hadap nak duit kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:22 AM | Show all posts
tripleid replied at 20-2-2023 09:50 AM
ni semua pasal gomen Abahcow beli beratus biji ventilator rosak smpai beribu rakyat yg x berdosa men ...

ya betul..beli yg murah & rosak, bayar mahal mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 20-2-2023 10:11 AM
Aku masih ingat  ketika itu ada poremer  kepam celaka maki2 aku sambil  mempertahankan si adham ba ...

Sapa porumer tuhh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 11:39 AM | Show all posts
Simunggu replied at 20-2-2023 11:22 AM
ya betul..beli yg murah & rosak, bayar mahal mahal..

ni lah bahana rasuah..

sbb nak kayakan syarikat kroni rakyat yg x berdosa jadi mangsa

mohon waris saman je gomen abahcow yg btanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 12:21 PM | Show all posts
shernazz replied at 20-2-2023 10:55 AM
Efek covid prolong pung ramai kan
Laki iols sampai skang telinga berdesing...
Jumpa ent..depa kata m ...

mak I pun sekarang asma teruk. paru-paru dah tak kuat. tak cukup nafas. kena bergantung pada inhaler
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua sebelum vaksin kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2023 12:57 PM | Show all posts
benda ni la kekadang jd trauma aku.. masa aku nak ditidurkan masa covid tu pun aku  langsung x dpt ingat bila doktor suruh mengucap apa semua.. semua wife cerita balik, sbb doktor update dgn dia yg aku dah diajar mengucap dan ditidurkan.. bila dengar wife cerita balik tu rasa seram dan syukur sgt dpt bangun balik lepas ditidurkan tu..sebab ada dlm tempoh tu aku dah 50-50.. tp mmg kalau batuk-3 sekarang mesti demam dan telinga tersumbat..dedulu susah nak demam..apapun syukur diberi nafas lg..Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 01:45 PM | Show all posts
Cerita2 dari hospital time covid merajalela amat menginsafkan.  Masih terbayang frontliners around the world in their PPEs. Mayat2 di negara2 miskin bergelimpangan di jalan. Di sebalik kesedihan dan ketakutan, ada juga video2 kelakar dari India. You all ingat tak video2 Inspector sahab di India tibai jemaah lelaki keluar dari masjid? Yg tu kelakar habis Harap2 tak adalah lagi musibah pandemik apa pula mari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah n trma ksih utk smua usaha n bntuan dr fronlinr trutma petugs hspital. Tp brhati2 la dlm mngluarkn kata2 spy xnmpk sombong dgn tuhan. Tuhan dah tntukn sapa yg akn mati msa tu. Kta ni mnusia cuma ikut arahan tuhan. Mcm puppet. Wlaupun kta rasa kta yg pilih sbnrnya bukan. Fham apa yg doc tu nk smpaikn tp xperlu kot kuarkn kata2 played god tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 20-2-2023 02:52 PM
Tahniah n trma ksih utk smua usaha n bntuan dr fronlinr trutma petugs hspital. Tp brhati2 la dlm mng ...

Smbung, mls nk edit. Kang ada plk yg kata abis tu, klu jd puppet, x adil la. Ada org yg brnasib baik n ada yg brnasib buruk. Dlm hal aku crta ni, kontek hidup mati jer yer. Yg lain, leh blajar subjek usuluddin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058348 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list