Penyanyi Nizam Laksamana memaklumkan, Ibnor Ibnor Riza ditidurkan sementara doktor mencari punca penyanyi itu pengsan selain mengesan masalah lain yang berlaku kepadanya, lapor mStar. Difahamkan, penyanyi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan selepas pengsan di rumahnya pada awal pagi Ahad.
"Isteri Ibnor telefon saya dan maklumkan dia pengsan. Ketika dalam perjalanan menaiki ambulans dia sedar namun kembali tidak sedarkan diri. "Saya dapat maklumat Ibnor juga ditidurkan di ICU... doktor pun masih mencari punca dia pengsan dan diserang sawan," katanya ketika dihubungi mStar. Katanya, rawatan awal mendapati ia ada kaitan dengan saraf yang membengkak pada bahagian leher Ibnor sejak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu, Nizam memberitahu dia sempat berbual dengan Ibnor pada Sabtu apabila penyanyi itu memaklumkan dia baharu sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua minggu lalu.
"Saya pun tak pasti apa yang menyebabkan dia pengsan, namun apa yang diberitahu ia berkemungkinan berpunca daripad saraf yang membengkak di lehernya. Disebabkan itu ia mengganggu aliran oksigen ke otak dan juga jantung. "Semalam (Sabtu) saya baru sahaja bercakap dengannya melalui panggilan video. Ketika dia dimasukkan ke HKL pun saya ada pergi melawat," ujarnya. Ibnor sebelum ini dilaporkan secara tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, migrain, darah tinggi dan buasir yang diketahuinya selepas melakukan pemeriksaan berkaitan masalah bengkak pada leher. Malah, Ibnor yang dijadualkan menjalani pembedahan bagi membuang nanah pada bahagian tersebut terpaksa ditangguhkan beberapa kali disebabkan paras gula dalam darahnya yang tinggi. Menurut Nizam yang sering berhubuung dengannya, keadaan kesihatan Ibnor tidak menentu sejak dia mendapat tahu tentang penyakitnya. Ada ketika dia okey dan ada masanya dia sangat lemah, ceritanya. - CARI
|
NonaNaga replied at 19-2-2023 07:45 PM
Anaknya dan keluarga Brunei tak ada jaga ke....
sian pulak
reddots replied at 20-2-2023 08:14 AM
dah tu, anak bini and famili kat msia x nak jaga ker?
klu kat Brunei, sapa jer family dia? bekas b ...
ADVERTISEMENT