CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Wajar Berarak Guna Simbol Keagamaan, Polis Siasat Perarakan Himpit Bawa 'Senjata'

19-2-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3858| Komen: 66


Polis menyiasat pertandingan perarakan sempena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 di Setiu berikutan tindakan peserta yang membawa replika berbentuk senjata.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal dijalankan mendapati perarakan bersama replika senjata tersebut berlaku dalam satu program di sebuah resort di Setiu pada Jumaat.



FB Pemuda PAS Terengganu/Daily Express

"Perarakan itu adalah sebahagian daripada acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam yang telah disertai oleh setiap daerah di Terengganu.

"Walaupun program itu dalam pengetahuan pihak polis, kita tidak dimaklumkan mengenai perarakan membawa replika senjata seperti itu.

"Tindakan membawa replika senjata oleh sebuah kontinjen dalam perarakan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran bagi sesetengah masyarakat, "katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Sinar Harian.


Jelas beliau, pihak polis akan meneliti sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang berhubung perkara terbabit.

Perarakan sekumpulan Pemuda Pas bersama replika senjata ketika Himpit 2023 berlangsung pada 17 dan 18 Februari lalu mencetuskan pelbagai polemik di media sosial.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyifatkan tindakan berarak menggunakan simbol keagamaan Islam sebagai tidak wajar kerana menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta apa-apa tindakan yang berkaitan sekiranya penganjur telah menyalahi peraturan keselamatan negara," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-2-2023 07:44 PM
tp...bebudak 'cosplay'...kalo x silap aku la...(igt2 lupa) kadang ada jugok.. yg bawa  'senjata'(replika/tiruan)....acaner ni
Quote otai_g 19-2-2023 07:48 PM
Skuau replied at 19-2-2023 07:44 PM
tp...bebudak 'cosplay'...kalo x silap aku la...(igt2 lupa) kadang ada jugok.. yg bawa  'senjata'(rep ...

Kan dulu ada viral bdk cosplay bw senjata msk mall. Da jd Kes polis da. Bdk tu da dpt warning keras drp polis.
Quote mojarean_X 19-2-2023 07:53 PM
Sapelah yg design costume ni?
Quote mojarean_X 19-2-2023 07:54 PM
Korang nk berarak bawa senjata bagai sbb apa? Cer citer sikit
Quote takkizawa 19-2-2023 08:44 PM
Saja nk tnya, apa pekdah berarak costume pe bagai ni? Baik la ko dok kat situ bincang mcm mana nak naik kan ekonomi melayu kat ganu ke, pegi berarak santuni orang2 susah kat kawasan situ ke, apooo program2 mcm ni x bagi pekdah.
Quote dani-rox 19-2-2023 09:24 PM
sepatutnya kat perisai tuh ada logo mercedes atau bmw
Quote pooh~key 19-2-2023 09:29 PM
Cepat sis @zehra2 , cepat confront cilaka2 teroris yang telah memalukan dan memfitnah agama engkau orang sendiri ni sis. Confront jangan tak confront sis!
Quote Skuau 19-2-2023 09:29 PM
Edited by Skuau at 19-2-2023 11:55 PM

orang berarak..pung..korang dengki....sok..subuh2...pigi daa...korang berarak...kita x kacau...pung...
Quote Rogue98 19-2-2023 09:33 PM
PAS ni dah kenapa? Dengan rasuahnye lah....kahwin 4 nye lah....sedekah Milo lah....air kotor nye lah...presiden kaki ponteng lah....tak cukup lagi kebodohan tu?
Nak malukan lagi Islam? Ni nak tunjuk bodoh lagi berarak pakai mcm nak pi perang pulak dah.
Eh BABI SIAL punye Pas.!!!!
Quote jejaka_hensem 19-2-2023 09:37 PM
Yg bising2 ni,tak nak masuk syurga ke?
saje je kan,nak jugak masuk melaka
Quote jejaka_hensem 19-2-2023 09:38 PM
Mcm orang bodoh pun ada jugak dorang ni dgn camtu
Quote kitmal 19-2-2023 09:54 PM
macam nak tubuh askar dan kerajaan sendiri...lengkap dengan simbol..uniform..ni apa ni? nak kata seruan agama???
Quote sayurmayur88 19-2-2023 10:51 PM
nasi himpit ? [em:4:]
Quote AcikBuncit 20-2-2023 12:47 AM
Acik nk g pantai penarik ritu jem sebab depa ni laaa. Konvoi punya banyak dgn arca masing2 lagi.. Plg xleh bla yg muda2 ni dok lumba moto lak sambil wat superman haha kalo pakai bju umno bole la dik wt gitu.. Pakai bju pas ni sopan la sikit rempit ponn. Phuii
Quote pooh~key 20-2-2023 02:15 AM
AcikBuncit replied at 20-2-2023 12:47 AM
Acik nk g pantai penarik ritu jem sebab depa ni laaa. Konvoi punya banyak dgn arca masing2 lagi.. Pl ...

Terserlah perangai sebenar masing2 walaupun dah coba tutup dengan kesucian logo pas, sister.
Quote wirazam 20-2-2023 02:23 AM
takkizawa replied at 19-2-2023 08:44 PM
Saja nk tnya, apa pekdah berarak costume pe bagai ni? Baik la ko dok kat situ bincang mcm mana nak n ...

Nice post ..nak tunggu dai, pu, ustaz ustazah lak komen
Quote Samerosie 20-2-2023 07:21 AM
jejaka_hensem: Yg bising2 ni,tak nak masuk sy ...

Haip melaka hotel berantu.
Quote green~tea 20-2-2023 07:24 AM
Over tau nak cosplay jadi terrorist..

Takde baju lain ke nak pakai
Quote green~tea 20-2-2023 07:25 AM
Rogue98 replied at 19-2-2023 09:33 PM
PAS ni dah kenapa? Dengan rasuahnye lah....kahwin 4 nye lah....sedekah Milo lah....air kotor nye lah ...

They're soo famous all with the wrong reasons

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057251 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top