Pempengaruh TikToker tidak digunakan sebagai pelontar suara audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, lapor AWANI. Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia yang menafikan perkara itu berkata, sebaliknya pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.
"Pelontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM 2022. "Sehubungan dengan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh. LP akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 adalah terjamin," kata kenyataan pada Ahad.
Baru-baru ini, kecoh apabila ramai calon dikatakan keliru berikutan audio kurang jelas ketika Pelaksanaan UMBI SPM tahun 2022 pada 16 Februari lalu. Berikutan itu, timbul dakwaan tular berkenaan kadar kelajuan pertuturan dan penggunaan TikTokers sebagai pelontar suara. Menurut kenyataan itu lagi, keputusan menggunakan bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan iaitu pertama, format soalan UMBI SPM adalah dalam pelbagai bentuk iaitu objektif aneka pilihan, objektif pelbagai bentuk dan subjektif respons terhad. Susulan itu, UMBI SPM memerlukan calon mendengar, menganalisis konteks situasi dan memahami maksud keseluruhan bahan audio yang dimainkan. "Kedua, LP juga memastikan item atau instrumen yang dibina mencapai tahap kebolehtadbiran, keesahan, kebolehpercayaan dan kewibawaan. Tahap ini diberikan perhatian agar item atau instrumen tersebut adalah adil dan saksama kepada calon," ujar LP. LP juga berpendapat, kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi Common European Framework of References for Languages (CEFR). "Pembinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022 ini berdasarkan kadar kelajuan pertuturan yang tipikal dan standard pertuturan dan perbualan. Di samping itu, aspek autentik pada penutur juga dititikberatkan dalam pembinaan item atau instrumen UMBI SPM tahun 2022 bagi mewujudkan konteks sebenar komunikasi," jelas kenyataan lagi. Tambahnya lagi, praujian melibatkan murid sekolah di pelbagai lokasi di bandar dan luar bandar juga sudah dilakukan bagi menentusahkan item atau instrumen digunakan adalah sesuai dan mencapai tahap kualiti ditetapkan. - CARI
|
dua_chzy replied at 19-2-2023 06:59 PM
Ok Felicia. Keep on lying.
snowflakes replied at 19-2-2023 07:59 PM
Budak2 student mmgla tak boleh nak tangkap... tambah kalo berslang bagai... unless kalo selalu tengo ...
ekselen replied at 19-2-2023 09:35 PM
Ye...british ngan american accent kan tak sama pronunciation... Kita belajar guna US english kan.. ...
blue_blur replied at 19-2-2023 09:54 PM
tapi masih boleh tangkap juga.... kalau dia guna indian-english, australian-english.... matilanak. ...
ekselen replied at 19-2-2023 09:35 PM
Ye...british ngan american accent kan tak sama pronunciation... Kita belajar guna US english kan.. ...
imanjannah replied at 19-2-2023 10:04 PM
tajuk punnn.. ujian lisan? mna ada dah ujian lisan pun, ada ujian amali sains (UAS), Ujian Bertutur ...
syamzana replied at 19-2-2023 10:00 PM
eh bukan british accent ke?
yg jadi american tu sbb terpengaruh dgn cerita2 kat tv byk dari us sin ...
ekselen replied at 19-2-2023 09:35 PM
Ye...british ngan american accent kan tak sama pronunciation... Kita belajar guna US english kan.. ...
ulamalu replied at 19-2-2023 10:14 PM
Kita kan bekas jajahan Britain, mmg guna British English. Tu yg equivakent 1119 / GCE-O level Eng ...
ekselen replied at 19-2-2023 09:58 PM
indian malaysian masih boleh fhm lg tp british accent ada certain2 perkataan mmg kita x fhm sbb pr ...
vespa_oren replied at 19-2-2023 11:09 AM
cikgu English komen please
tdi aku bca cikgu fizik komen
dia cakap boleh jer dia faham
ADVERTISEMENT