View: 2481|Reply: 24
|
Ujian Lisan Bahasa Inggeris SPM Tak Guna TikToker - Lembaga Peperiksaan
[Copy link]
|
|
Pempengaruh TikToker tidak digunakan sebagai pelontar suara audio Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, lapor AWANI.
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia yang menafikan perkara itu berkata, sebaliknya pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti.
" elontar suara merupakan mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris. Mereka yang terlibat juga telah diberikan latihan sebelum proses pembinaan item atau instrumen UMBI SPM 2022.
 Gambar hiasan/Kwiknews
"Sehubungan dengan itu, LP yakin bahawa kualiti bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 kekal utuh. LP akan memastikan kepentingan dan keadilan kepada calon yang menduduki peperiksaan
SPM tahun 2022 adalah terjamin," kata kenyataan pada Ahad.
Baru-baru ini, kecoh apabila ramai calon dikatakan keliru berikutan audio kurang jelas ketika Pelaksanaan UMBI SPM tahun 2022 pada 16 Februari lalu.
Berikutan itu, timbul dakwaan tular berkenaan kadar kelajuan pertuturan dan penggunaan TikTokers sebagai pelontar suara.
Menurut kenyataan itu lagi, keputusan menggunakan bahan audio dan kertas soalan UMBI SPM tahun 2022 dibuat berdasarkan beberapa pertimbangan iaitu pertama, format soalan UMBI SPM adalah dalam
pelbagai bentuk iaitu objektif aneka pilihan, objektif pelbagai bentuk dan subjektif respons terhad.
Susulan itu, UMBI SPM memerlukan calon mendengar, menganalisis konteks situasi dan memahami maksud keseluruhan bahan audio yang dimainkan.
"Kedua, LP juga memastikan item atau instrumen yang dibina mencapai tahap kebolehtadbiran, keesahan, kebolehpercayaan dan kewibawaan. Tahap ini diberikan perhatian agar item atau instrumen tersebut adalah adil dan saksama kepada calon," ujar LP.
LP juga berpendapat, kadar kelajuan pertuturan pelontar suara bagi item atau instrumen adalah berdasarkan aras kompetensi Common European Framework of References for Languages (CEFR).
" embinaan item atau instrumen UMBI SPM Tahun 2022 ini berdasarkan kadar kelajuan pertuturan yang tipikal dan standard pertuturan dan perbualan. Di samping itu, aspek autentik pada penutur juga
dititikberatkan dalam pembinaan item atau instrumen UMBI SPM tahun 2022 bagi mewujudkan konteks sebenar komunikasi," jelas kenyataan lagi.
Tambahnya lagi, praujian melibatkan murid sekolah di pelbagai lokasi di bandar dan luar bandar juga sudah dilakukan bagi menentusahkan item atau instrumen digunakan adalah sesuai dan mencapai tahap kualiti ditetapkan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ok Felicia. Keep on lying. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 19-2-2023 06:59 PM
Ok Felicia. Keep on lying.
cikgu English komen please
tdi aku bca cikgu fizik komen
dia cakap boleh jer dia faham
pelajar yang mengada-ngada |
|
|
|
|
|
|
|
Record suara pakai mic apa? Built-in mic kat laptop ke? Pakai phone ke? Atau proper condenser mic? |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 student mmgla tak boleh nak tangkap... tambah kalo berslang bagai... unless kalo selalu tengok citer omputih.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko memang tak sekolah eh cari-mal? jadah kau tajuk thread letak ujian lisan tapi berita pasal ujian mendengar? ke kau pakai bahasa babi sebab tu lisan dengan mendengar sama jah bunyi babi hah babi? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalo ramai yg komplen takkan sume student bermasalah kot... Kalo recording tu yg bermslh then should do something bkn bg justification menurut apa yg korang rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
snowflakes replied at 19-2-2023 07:59 PM
Budak2 student mmgla tak boleh nak tangkap... tambah kalo berslang bagai... unless kalo selalu tengo ...
Ye...british ngan american accent kan tak sama pronunciation... Kita belajar guna US english kan... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi masih boleh tangkap juga.... kalau dia guna indian-english, australian-english.... matilanak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg terlalu laju conversation mariam tu..nak berbual ke nak nyanyi rap? My students said so.. Nak present information pun guna la pace dan intonation yg betul |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 19-2-2023 09:54 PM
tapi masih boleh tangkap juga.... kalau dia guna indian-english, australian-english.... matilanak. ...
indian malaysian masih boleh fhm lg tp british accent ada certain2 perkataan mmg kita x fhm sbb pronunciation dia mmg lain... British ngan australian rasanya sama sbb australian asal dr britain jgk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ekselen replied at 19-2-2023 09:35 PM
Ye...british ngan american accent kan tak sama pronunciation... Kita belajar guna US english kan.. ...
eh bukan british accent ke?
yg jadi american tu sbb terpengaruh dgn cerita2 kat tv byk dari us sinun dgn tenaga pengajar sekali terbawa-bawa accent sana.
kalau salah ampunnn.
iola baru bc kes anak doc apa tu yg glamer mencapub sokmo kat fb. dia la yg ckp anak susah hati listening test susah tak faham apa sedangkan anak dia mmg excellent in english. kwn2 anak dia pun complaint yg sama. doc tu siap buat karangan panjang lg justify itu ini psl audio tu bkn bercakap mcm rapping gitu |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk punnn.. ujian lisan? mna ada dah ujian lisan pun, ada ujian amali sains (UAS), Ujian Bertutur (UBBM UBBI), Ujian Mendengar ((UMBMBI) dan esok 20/2 akan bermula SPM Bertulis 2022..Good luck utk semua calon |
|
|
|
|
|
|
|
imanjannah replied at 19-2-2023 10:04 PM
tajuk punnn.. ujian lisan? mna ada dah ujian lisan pun, ada ujian amali sains (UAS), Ujian Bertutur ...
Listening kan... Ujian mendengar... Penulisan start esok.. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 19-2-2023 10:00 PM
eh bukan british accent ke?
yg jadi american tu sbb terpengaruh dgn cerita2 kat tv byk dari us sin ...
Aah US pun kalo sebut perkataan berbeza... Patutnya guna Malaysian english je... |
|
|
|
|
|
|
|
ekselen replied at 19-2-2023 09:35 PM
Ye...british ngan american accent kan tak sama pronunciation... Kita belajar guna US english kan.. ...
Kita kan bekas jajahan Britain, mmg guna British English. Tu yg equivakent 1119 / GCE-O level English. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 19-2-2023 10:25 PM
ulamalu replied at 19-2-2023 10:14 PM
Kita kan bekas jajahan Britain, mmg guna British English. Tu yg equivakent 1119 / GCE-O level Eng ...
Aah tp kalo yg recording tu guna pure accent british rasanya mcm ada beza jgk kot...takut bila yg berckp dlm recording tu x sama ngan yg kita selalu dgr tu yg x fhm... Aku penah kena dulu masa belajar, selalu dgr malaysian lecturer tetiba dtg sorg ni lulusan US masa tgh test lak tu dia tukang baca... Apo, iols pun kelam kabut nk memahami apa dia ucapkan... So iols fhm isu skrg ni... Kena tnya org yg biasa ckp british kot betul ke tak haha |
|
|
|
|
|
|
|
aussie ya sama kita ikut uk. tapi accent dia dalam juga. patut ikut je la sistem sama macam kita dulu. apa nak ubah2, bukan ada manfaat perubahan besar pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 19-2-2023 02:57 PM
vespa_oren replied at 19-2-2023 11:09 AM
cikgu English komen please
tdi aku bca cikgu fizik komen
dia cakap boleh jer dia faham
Uuuu nampaknya cikgu Fizik tu jenis kurang empati dengan pelajar. Sebab kat group Telegram guru2 BI seluruh negara dah meroyan cikgu2 yang ngaja kelas SPM. Aku tak berada di sekolah untuk dengar audio tu tapi kelig aku mengawas masa listening test. Weols berdua ajar SPM. Dia pun bising. BM jauh lagik mudah dari BI dia kata.
Ni antara komen2 cikgu2 BI berbilang kaum kat group:
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|