CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Takkan Selama Bertahun Dah Buat Ni Tak Ada Rasa Bersalah? – Isteri Hafidz Roshdi Respon Permohonan Maaf Athira Yuhada

19-2-2023 07:02 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13200| Komen: 105



Semalam, Athira Yuhada iaitu wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi memuat naik kenyataan maaf secara terbuka kepada isteri dan anak-anak Hafidz di Instagramnya.


Terbaru, memetik portal Rotikaya, Nurul Shuhada iaitu isteri Hafidz Roshdi tampil membalas permohonan maaf itu dan mendedahkan mengenai kenyataan Athira yang dikatakan bercanggah dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Menurut Shuhada, wanita tersebut dan suaminya masih berhubungan sehingga 25 Januari lalu berdasarkan bukti yang ada padanya. 

Ujarnya lagi, dia ada hak untuk mendedahkan semua bukti kepada umum untuk mempertahankan keluarganya namun memilih menyerahkan perkara itu kepada peguam.


“Waalaikumsalam dan terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ni pada orang lain, tapi ada maklumat menggelirukan yang perlu saya jelaskan disini.

“Korang berdua berhubung antara satu sama lain sehingga 25 Januari 2023 dimana hanya beberapa minggu yang lalu. Kenyataan ini mengikut semua bukti yang saya saksikan.

“Saya mempunyai semua hak untuk dedahkan kepada umum untuk lindungi keluarga saya, tetapi saya lebih suka menyerahkan segala-galanya kepada peguam dengan cara yang betul dan beradab untuk selesaikan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada meminta tidak diletakkan kesalahan kepada suaminya semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

“Kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, awak sendiri tahu berapa pantas hubungan korang bergerakkan? Katanya jumpa pada sekian-sekian waktu tapi tiba-tiba..sembilan tahun kena try? Wow hebatnya awak dikejari,’ tulisnya.

Shuhada turut mempersoalkan wanita tersebut yang tiada rasa empati pada golongan wanita yang dikhianati serta anak-anak yang tidak berdosa.

Kata Shuhada lagi, meskipun sukar namun dia akan cuba memaafkan tetapi tidak mungkin akan lupakan apa yang terjadi.

“Perkara yang awak buat bukan mudah saya nak maafkan tapi Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan. Saya mungkin memaafkan tapi saya tak akan lupakan.

“Awak sendiri akta simpati dengan keadaan mental Hafidz. Awak tiada rasa empati dekat golongan wanita dikhianati dan anak-anak tidak berdosa? Takkan selama awak buat dah bertahun ini tiada rasa bersalah sebagai seorang perempuan?” tulisnya.

 

Terdahulu, Hafidz, 29 menafikan dakwaan curang dengan mengatakan rumah tangganya berada dalam keadaan baik.

Selain itu,  pelakon itu dilihat sengaja membuat hantaran berbaur provokasi dalam media sosial.



Menerusi perkongsian gambar sedang duduk bertinggung sambil menjuri ke bawah merujuk ruangan komen dengan ekpresi wajah yang sarat tanda tanya, pelakon itu dilihat sengaja membiarkan netizen tertanya-tanya motif perbuatan dan kesahihan pendedahan kecurangan oleh isterinya. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 19-2-2023 06:09 PM
Eh dh public ke ig dia
Quote Burong_Hantuk 19-2-2023 06:12 PM
Prmpn tu mmg salah.tapi Kau pun kena confront husbaby kau tu jgk...
Quote Hoola 19-2-2023 06:17 PM
si hfiz rishdi buat apa teewwwww
mkin mntal health ke
#ntijemtanyaje
Quote adeqbun 19-2-2023 06:19 PM
Laa..awat slhkan penyondol sorg...
Quote luc 19-2-2023 06:23 PM
Way to go gurl @datinseribedah. Ajar penyondol tu cukup2
Quote virgocircus 19-2-2023 06:25 PM
Ya..pompan tu juat sorry cause she get caught! Kasi ajar cukup2. Laki ko pun kasi ajar jugak. Mental illness tahap ape? Schizophrenia kah?
Baghal!
Quote _kelly 19-2-2023 06:26 PM
laki kau yg gatal punai sis
Quote winky1 19-2-2023 06:26 PM
Edited by winky1 at 19-2-2023 06:29 PM

Dia salahkan laki dia tapi takkan nak lepas kan penyondol...kan undang2 ada....klu I pun dua2 bagi habuan masing-masing. Yg laki I lepaskan yg penyondol I saman. Tapi kena ada duitlah..
Mcm ps kata isteri kena ada duit sendiri....nak buat modal utk saman...bila lepaskan org lelaki ni tak suka lah sbb expenses tinggi sbb split masa ..nak bini baru lagi anak baru lagi.. tengoklah apa HR dan SY buat..
Nothing kan? So susahkan cara ni.. pendapat I lah
Quote pocongkiutss 19-2-2023 06:33 PM
Burong_Hantuk replied at 19-2-2023 06:12 PM
Prmpn tu mmg salah.tapi Kau pun kena confront husbaby kau tu jgk...

Kalau ikut kata datinseribedah tu si Shu ni dh nak chow dr rumahtangga dia dh pon
Quote beatgirlX 19-2-2023 06:36 PM
Aku rasa statement dia pun ada salahkan HR tapi komen ni berdasarkan permintaan maaf penyondol...
Next post blame plk laki ko ye..
Kiranya dah peoceed dgn undang2 la kan sb dah serahkan pd lawyer.. You go girl..
To me bininya lg sweet dan manis dari penyondol
Quote pocongkiutss 19-2-2023 06:36 PM
winky1 replied at 19-2-2023 06:26 PM
Dia salahkan laki dia tapi takkan nak lepas kan penyondol...kan undang2 ada....klu I pun dua2 bagi h ...

Yup betul.. datinseribedah ada ckp Shu dh prepare nk jd single semula kan..so mmg dia salahkan laki dia juga la..tp takkan la takleh marah penyondol sbb mmg dia pun melayan..kes ni siap "fight for my love" bagai. Silap2 screenshot si monyet puji dia lawa pun si penyondol yg hantar kt Shu nak berbangga2

Ko ingt bini org tu tunggul kayu takde perasaan..takleh nk rasa marah?
Quote pocongkiutss 19-2-2023 06:37 PM
_kelly replied at 19-2-2023 06:26 PM
laki kau yg gatal punai sis

Yg pompuan pun sama gatal bijik
Quote _kelly 19-2-2023 06:39 PM
pocongkiutss replied at 19-2-2023 06:37 PM
Yg pompuan pun sama gatal bijik

opkos la penyondol tu pon sama naik tapi tengok la bini nya duk up pasal penyondol je..pasal laki gatal punai sikit pon tak mention ye..kalau jantan tak mula, penyondol tak melayan jugak
Quote Nana_Man 19-2-2023 06:40 PM
beatgirlX replied at 19-2-2023 06:36 PM
Aku rasa statement dia pun ada salahkan HR tapi komen ni berdasarkan permintaan maaf penyondol...
Ne ...

Pd i, bini dia comel je. Takde lah hodoh mcm dulu org2 ckp. Ada satu gambar tu, a bit mcm si kak nab, tapi chubby version.
Quote awanearisu 19-2-2023 06:41 PM
Dah viral gambar baru balik surau, barulah ada rasa nak minta maaf.
Quote Dolmat 19-2-2023 06:54 PM
Boikot aje..  laki dia berlakon pun bukannyer bagus.. dua dua kasi ajar..
Quote Rogue98 19-2-2023 07:02 PM
Laki kau tu yang menggatal...pi belasah laki kau dulu...ntah berapa ramai lagi pompuan dia still in touch.
Quote stania83 19-2-2023 07:15 PM
Suami orang la paling senang nak tackle.
Quote gideoncross 19-2-2023 07:20 PM
Burong_Hantuk replied at 19-2-2023 06:12 PM
Prmpn tu mmg salah.tapi Kau pun kena confront husbaby kau tu jgk...

Aiol dh ckp dh, klau psl bnda cmni, prmpuan je yg brbalah, c llaki diam je. Sma mcm kes AA & BA, yg prmpuan je blabla, pihak llaki shh.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054920 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top