Apa saja yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau mesra disapa Opai pasti menjadi perhatian netizen. Dua hari lalu, Opai ada membuat Live di TikTok dan video tersebut telah dimuat naik seorang pengguna TikTok. Dalam video berkenaan, Opai menjawab soalan netizen sama ada akan hadir ke konsert band popular Indonesia, ST12 atau tidak. Kata Opai, dia tidak suka pergi ke konsert serta menyifatkan mendengar muzik adalah perkara haram serta mengatakan dia lebih gemar memasang zikir. “Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik ini haram. Saya pasang zikir saja, muzik itu haram,” katanya.
Ekoran itu, video tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen yang rata-rata kurang senang dengan jawapan yang diberikan itu. Malah, ada yang mengaitkan dengan kerjayanya sebagai seorang ‘Forex trader’ dimana hukumnya haram. Bukan itu saja, ada juga yang mempersoalkan kembali baru-baru ini Opai bersama isterinya dikatakan ke konsert penyanyi dan komposer popular dari India, AR Rahman. |
dudaberhias replied at 19-2-2023 09:34 AM
mungkin dia dengar zikir ala2 muzik kot... tak masuk ke hati pun agittuewww kaka nak pitenah...
ADVERTISEMENT