CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Akui Saya Insan Yang Lemah & Bodoh' - Athira Yuhada Tampil Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Anak-Anak Hafidz Roshdi

19-2-2023 09:50 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 23173| Komen: 250


Ibarat kisah silih berganti, selepas beberapa episod kisah keretakan rumah tangga melibatkan beberapa selebriti terkenal, kini muncul pula kisah seorang wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada.

Sedar namanya menjadi bualan netizen, menerusi satu perkongsian di InstaStory malam tadi, Athira tampil memohon maaf secara terbuka kepada anak-anak pasangan berkenaan iaitu Humaira dan Umar.

Athira juga mendedahkan bahawa Hafidz cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu dan dia sudah sedaya upaya mengelak namun keadaan kesihatan mental pelakon itu membuatkan dia rasa simpati.


“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya dengan hati terbuka ingin memohon maaf kepada Shuhada, Humairah & Umar.

“Apa yang saya lakukan ini sangat mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya beberapa kali sejak sembilan tahun lalu, saya sudah sedaya-upaya cuba untuk mengelak.

“Namun, akhirnya perkara ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Athira mengakui dirinya lemah dan bodoh serta menegaskan bahawa hubungannya dengan pelakon itu sudah lama berakhir.

“Saya akui saya lemah dan bodoh kerana terjerumus dalam situasi ini. Namun pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa perkara ini sudah lama berakhir.

“Saya tidak lagi berhubung dengan dia dan tidak akan lagi. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” tulisnya.

Terdahulu, identiti  'penyondol' yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.

Hantaran yang tular itu memaparkan tangkap layar Hafidz berbalas mesej dengan wanita dikenali Athira Yuhada itu menerusi WhatsApp.


Hafidz Roshdi dan Shuhada Shukri berkahwin pada tahun 2016 dan sehingga kini mempunyai dua orang cahaya mata bernama Humaira dan juga Umar.  - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dolmat 19-2-2023 03:16 AM
Edited by Dolmat at 19-2-2023 03:17 AM

Baik tutup jari dan mulut nak mengutuk paras ruper..

Bag nak posing agak2 ler Ferragamo fake kaper.....

Hapizzzz mental.....? Adoiiii...
Quote allshares 19-2-2023 03:28 AM
Ya hampun kalau nk mencurang pun pilih la yg cun3 sikit atleast takde la kena gelak bila kantoi mencuranf. Ni tahap gituhhh jah pilihan ko hafidz oi? Gulin2 iols gelak hokayyy tgk muka scandalnya
Quote AcikBuncit 19-2-2023 05:01 AM
Slalu kes cmni msti pompuan2 je yg statement sne sni.. Yg laki diam je masing2 urut teloq..
Quote TerataiMelur02 19-2-2023 06:09 AM
Elok la lemah dan bodoh tu seiring dengan R*** P****
Quote kakigojes 19-2-2023 06:19 AM
Oh my English
Quote sayangselamah 19-2-2023 06:25 AM
Bgslah tu kurang2 dia berani tampil bersuara dan minta maaf secara terbuka.bukan pengecut mcm penyondol2 lain.. dah salah xngaku siap perli isteri yg disondol pulak
Quote badai 19-2-2023 07:01 AM
tak habis2 mental health.. sikit2 mental health.

ramai dah gila agaknya
Quote rainbowrainz 19-2-2023 07:13 AM
Iols malas nak Komen sbb iols nak tacang je..hahahahahanat
Quote Samerosie 19-2-2023 07:27 AM
Taste mamat ni mcm gini ye wife dan scandal seakan rupa.
Quote miss_strangers 19-2-2023 07:29 AM
Yuhada ikut jejak langkah barkoba la ye mintak maap awal...so better sikit banding ira rempit
Quote toet2meoww 19-2-2023 07:30 AM
Mental health? Kah3. Orang kalau mental health p cari bantuan dr yg pakar, bukan p mencurang. Laki perempuan same bebal
Quote virgocircus 19-2-2023 07:36 AM
Yg dia up pic kasut kapel tu mmg dgn matpiz ke? Apology not accepted gitewwww. More to damage control je. Yg jantan diam x berkutik...buat mcm xde ape2. Siap nganjing netz lagi. Dasar bocah hingusan!
Quote Fly_over 19-2-2023 07:46 AM
laa hapis mental ke? ingatkan nganjing2 netizen tu dah kuat sgt tak kan koyak.
Quote yusuke22 19-2-2023 07:47 AM
Korg kutuk pilihan dia rupa gitu..nk buat mcmana...dh gitu yg paling cntik dkt mata dia...dlu dia kawen pun org kutuk rupa bini dia... husnuzon...dia takut bini cntik sgt...nnti org caras pulak
Quote johnantak 19-2-2023 08:05 AM
bgehehehhee
Quote JulietTheOrange 19-2-2023 08:06 AM
tp pelik eh sape screen shot whatsapp tu..
sbb kalu kotak hijau, rasanya screen shot dr ppuan tu sendiri
bukan dr phone si HR
Quote ibugarang 19-2-2023 08:19 AM
JulietTheOrange replied at 19-2-2023 08:06 AM
tp pelik eh sape screen shot whatsapp tu..
sbb kalu kotak hijau, rasanya screen shot dr ppuan tu sen ...

Yer betol, tak tahu dia scrennshot nak sent ke saper tu?
Quote Skyline_84 19-2-2023 08:26 AM
Mmg kne buat statement in english ke kalau nk buat sesi luahan perasaan.... Tulis malay sudahh
Quote anilanil 19-2-2023 08:26 AM
Awat aku baca statement dia in english tu terbayang kaklina pompom kampung people?

Lihat semua komen(250)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.101246 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top