Daily Mail melaporkan, remaja lelaki berusia 19 tahun dari Beijing dipercayai bakal menjadi pesakit paling muda di dunia yang menghidap penyakit Alzheimer atau lebih dikenali sebagai penyakit nyanyuk.
Dia didakwa sudah dua tahun mengalami gejala penyakit yang biasa ditemukan pada warga emas itu. “Ketika remaja itu berjumpa doktor di Universiti Perubatan Capital di Beijing, dia tidak boleh ingat makanan yang dimakan pada hari sebelumnya. “Malah, remaja itu mendakwa dia terpaksa berhenti sekolah menengahnya akibat kesukaran menumpukan perhatian, sukar membaca dan reaksi lambat,” jelas laporan itu. Menurut laporan kes dijalankan sekumpulan doktor, hasil ujian dan imbasan menunjukkan bahagian hipotalamus (otak manusia) remaja itu mengecut. “Doktor juga mengesan kerosakan pada lobus temporal otak dan paras protein tinggi dikenali sebagai tau, pada remaja tersebut.
“Malah, pasukan doktor itu berasa hairan apabila mendapati kes remaja berkenaan tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit itu mahupun mutasi genetik yang ditemukan pada pesakit Alzheimer yang muda,” jelas laporan itu dipetik Utusan. - CARI
|
JunkMail replied at 18-2-2023 11:30 AM
Bukan ke memang dah ada penyakit dementia kanak-kanak? San Filippo syndrome kan..
nakkomenjugak replied at 19-2-2023 12:52 PM
kalau 91 tu faham la
ni 19...
ADVERTISEMENT