CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 15

Makan Apa Semalam Pun Tak Ingat, Remaja 19 Tahun Jadi Penghidap Alzheimer Termuda Di Dunia

[Copy link]
Post time 17-2-2023 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Daily Mail melaporkan, remaja lelaki berusia 19 tahun dari Beijing dipercayai bakal menjadi pesakit paling muda di dunia yang menghidap penyakit Alzheimer atau lebih dikenali sebagai penyakit nyanyuk.


Dia didakwa sudah dua tahun mengalami gejala penyakit yang biasa ditemukan pada warga emas itu.




Gambar hiasan




“Ketika remaja itu berjumpa doktor di Universiti Perubatan Capital di Beijing, dia tidak boleh ingat makanan yang dimakan pada hari sebelumnya.


“Malah, remaja itu mendakwa dia terpaksa berhenti sekolah menengahnya akibat kesukaran menumpukan perhatian, sukar membaca dan reaksi lambat,” jelas laporan itu.


Menurut laporan kes dijalankan sekumpulan doktor, hasil ujian dan imbasan menunjukkan bahagian hipotalamus (otak manusia) remaja itu mengecut.


“Doktor juga mengesan kerosakan pada lobus temporal otak dan paras protein tinggi dikenali sebagai tau, pada remaja tersebut.   


“Malah, pasukan doktor itu berasa hairan apabila mendapati kes remaja berkenaan tidak mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit itu mahupun mutasi genetik yang ditemukan pada pesakit Alzheimer yang muda,” jelas laporan itu dipetik Utusan.   - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak akibat genetically modified trash yang ummah dok pelahap selama ni kot sis?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda sgt2 ni dh kena Alzheimer
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 08:44 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan pemuda ini
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:03 PM | Show all posts
Macam pernah baca tapi budak tu lagi muda dari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
i syak budak tu dari baby mmg tak jadi budak2 normal yg suka cuit brg sana sini, main lompat2, lari2, main playground, duduk terperok samada dibagi gadget atau tengokkkk je tv/screen… Parents pun suka kot dok puji2 anak behave … & maybe ada pengasuh yg mmg assist dia setiap apa perkara yg dia nak… makan bersuap, baju dipakaikan etc sampai besar

Memang ada study pengecutan otak tu berkaitan secara langsung dgn aktiviti fizikal. Means lagi kita physically active, risiko utk otak mengecut tu kurang  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
...atau pon salah satu nya kena sampok jin. Itu laa tandanya. Short memory even at a very young age. Tapi ia nya utk condition tertentu saja laa. Kadang² budak cenggini belajar nya pandai. Tapi kadang² benda yg simple, dia macam nyanyok. Jangan laa buat appointment meeting dgn dia . Dia akan lupa tahap gabann.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke memang dah ada penyakit dementia kanak-kanak? San Filippo syndrome kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Peralatan memasak banyak yg diperbuat dari aluminium.


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 18-2-2023 11:30 AM
Bukan ke memang dah ada penyakit dementia kanak-kanak? San Filippo syndrome kan..

dementia & alzheimer berbeza yach… technically speaking

tapi simptom / gaya sakit lupa2 etc lebih kurang je
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah, kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau 91 tu faham la
ni 19...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 12:56 PM | Show all posts
saraf rosak
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 08:18 PM | Show all posts
boleh jadi faktor luaran ke? terhidu asap beracun ke, orang bakar sampah ke, rumah dia ada tempat tercemar ke. takpun aircond bilik dia rosak ke. aku pun tak tau nak speku apa lagi, tapi pendek kata, faktor luaran lah. boleh jadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak nya ramai murid aku pun ada penyakit nih... Manjang luper
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2023 09:22 PM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 19-2-2023 12:52 PM
kalau 91 tu faham la
ni 19...

aura 19 tu kohkohkohhh




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.366693 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list