Pemimpin PAS, Dr Halimah Ali digesa memohon maaf berhubung dakwaan menu Rahmah boleh menyebabkan kanser serta autisme. "Saya terkilan bahawa Halimah sebagai seorang doktor yang bertauliah boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sepadan dengan kelayakan, kepakarannya.
"Seluruh dunia ambil maklum bahawa makanan tidak mengakibatkan autisme, sebaliknya ia ditentukan oleh DNA dan sewaktu lahir. "Halimah harus membuktikan secara saintifik bagaimana makanan ada perhubungan dengan autisme, dan jika tidak, wajar memohon maaf kepada orang awam atas kenyataan yang mengelirukan rakyat supaya institusi parlimen yang suci ini tidak dijadikan bahan ketawa masyarakat," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dipetik MalaysiaKini. Terdahulu, Halimah menyuarakan kebimbangan penyediaan makanan yang berharga rendah untuk menu Rahmah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan bermutu rendah.
Dia yang didakwanya membingungkan kerajaan meluahkan rasa bimbang dengan isu keterjaminan makanan yang terdesak sekarang. "Kita tak mahu shortcut (jalan pintas), kita tak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality. "Saya tidak ada masalah dengan istilah rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya," kata bekas exco Selangor itu. Sementara itu, Lee menggesa Halimah membuktikan menu Rahmah dibekalkan dengan mutu yang rendah ataupun low quality. Dia yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. - CARI
|
nurul_akmar replied at 17-2-2023 01:22 PM
Apelah yg org nk dengki sgt ngan menu rahmah tu. Bukannya t20 yg nk makan. Utk kami rakyat marhaen. ...
ADVERTISEMENT