CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1143|Reply: 11

Ahli Parlimen PJ Gesa Halimah Minta Maaf Kaitkan Kanser, Autisme Dengan Menu Rahmah

[Copy link]
Post time 17-2-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin PAS, Dr Halimah Ali digesa memohon maaf berhubung dakwaan menu Rahmah boleh menyebabkan kanser serta autisme.


"Saya terkilan bahawa Halimah sebagai seorang doktor yang bertauliah boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sepadan dengan kelayakan, kepakarannya.






FB


"Seluruh dunia ambil maklum bahawa makanan tidak mengakibatkan autisme, sebaliknya ia ditentukan oleh DNA dan sewaktu lahir.


"Halimah harus membuktikan secara saintifik bagaimana makanan ada perhubungan dengan autisme, dan jika tidak, wajar memohon maaf kepada orang awam atas kenyataan yang mengelirukan rakyat supaya institusi parlimen yang suci ini tidak dijadikan bahan ketawa masyarakat," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dipetik MalaysiaKini.


Terdahulu, Halimah menyuarakan kebimbangan penyediaan makanan yang berharga rendah untuk menu Rahmah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan bermutu rendah.


Dia yang didakwanya membingungkan kerajaan meluahkan rasa bimbang dengan isu keterjaminan makanan yang terdesak sekarang.


"Kita tak mahu shortcut (jalan pintas), kita tak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality.


"Saya tidak ada masalah dengan istilah rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya," kata bekas exco Selangor itu.


Sementara itu, Lee menggesa Halimah membuktikan menu Rahmah dibekalkan dengan mutu yang rendah ataupun low quality.


Dia yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 12:03 PM | Show all posts
Edited by Orix at 17-2-2023 12:11 PM

Pernah ke ada sape2 dalam PAS yg bijak hatta yg berjawatan lawyer doktor prof sekalipun ???????
nak high quality tp murah ? ko pegi pegang tabung dekat pasar malam harapkan derma org je lah lobainita oi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 12:16 PM | Show all posts
makan tu murah ke mahal ke yg penting bukan makanan yg diproses, contoh mcD, harga yahudi, tp processed, frozen dh pasti ada pengawet, penstabil tiruan bagai, yg tu yg x rahmah, bleh plalk dibiarkan consumed?

aku x defen menu rahmah, tp makanan dia ringkas saja, sesuai utk bantu golongan yg memerlukan,

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 12:51 PM | Show all posts
rasa terseksa bila baca update / news dari acik2 PIS PUS POS PES
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apelah yg org nk dengki sgt ngan menu rahmah tu. Bukannya t20 yg nk makan. Utk kami rakyat marhaen. Bg makan murah pon kena pertikai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
What to expect drpd bekas exco negeri yg kena buang sbb tak perform..

Sesia je blaja smpai masters tapi mentaliti setaraf budak x lepas srp.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nurul_akmar replied at 17-2-2023 01:22 PM
Apelah yg org nk dengki sgt ngan menu rahmah tu. Bukannya t20 yg nk makan. Utk kami rakyat marhaen.  ...

Masa diaorg berkuasa duluuu..apa yg diaorg buat?? BMF ke??? Buy merz first
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
walaunmacai dan walaunkelentit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm ni tuduh setan ngn jin skrg ni menu rahmah.
Nak ckp guna bhn tak berkualiti, sayur dah layu ke apa iols paham laa masih leh diterima tp sebut nnt jd autisme agak sukar nk terima.
Anak iols yg autisme tu mana mkn menu rahmah oii, selera T20 dia tu.
Menu western peberet sgt, dh sek men ni je dia nk juga mkn nasi putih ngn lauk pauk tp bkn semua lauk laa.
Lauk plak byk2 je amik, ayam sampai 2 ketul risau kadang kalau mkn kt umah org tu takut tak cukup lauk huhu kat umah sendiri blehla ko mkn byk2.

Jd tuduhan dr budak leh jadi autisme sbb menu murah tu tak logik pasai ramai anak2 autisme yg iols kenal pun pesen suka mkn western food jaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku anti dia ni. Waktu aku bdk U, aku beratur nk la kaut duit sampul dia mcm rumah terbuka selangor, ngan bebudak lain. Boleh pulak dia bolayan je. X kisah la dpt rm1 ke, rm2 ke. Eh helo,  aku student ok. Aku g umah zuraidah elok je dpt rm20, siap dia anta g meja ke meja. Tp syg la berpatah arang. So halimah ni bg aku , not a good figure. Tgk la jgk statement dia gini. X bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:51 PM | Show all posts
Golongan macam ni lah yang buat orang bukan Melayu DAN Melayu sendiri ber persepsi Melayu ni bodoh bangang tak ada ubat, A DOCTOR tau cakap macam ni, insensitive brat, merangkaklah kat akhirat dekat all cooks yang kau fitnah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.707113 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list