CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nama You Besar Ke Kecil, Jangan Mendongak Langit" - Ani Maiyuni

17-2-2023 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1674| Komen: 9

Masih bertahan selepas hampir 30 tahun menapak dalam industri hiburan, Ani Maiyuni juga pernah berdepan pengalaman berjumpa dengan selebriti baharu yang menyombong dan tidak menghormati senior.

Menurut Media Hiburan, penyanyi dangdut berusia 45 tahun itu menasihatkan golongan artis sebegitu agar tidak terlalu mendongak langit.


IG

“Dalam industri, nama you besar ke kecil, jangan sombong.

“You popular atau tidak, bakat itu (hanya) pinjaman daripada Dia.. anytime Dia boleh tarik balik.

“Kita nak puaskan hati semua orang pun mustahil.. yang penting kita kena tahu kesesuaian dan pandai bawa diri,” katanya.

Ani atau nama sebenar, Aishah An-Nur Osman turut menyifatkan rata-rata generasi Z (lahir tahun 1995 hingga 2010) agak kurang beradab ekoran kurang mendapat didikan sempurna berikutan kehidupan mereka lebih dekat menerusi pendedahan di Internet dan telefon pintar.



IG

“Zaman sekarang dekat handphone ni, benda yang tak elok yang banyak jadi viral disebabkan ramai orang share.

“Jadi budak-budak rasa gurauan itu adalah sesuatu yang lawak, walaupun pada kita ia adalah kurang ajar.. itu yang mereka tak tahu bezakan sama ada itu lawak atau kurang ajar," tambahnya.

Justeru, dia menasihatkan pengguna gajet berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan berguna kepada orang ramai. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 17-2-2023 10:34 AM
Sedap nama asal sheols. Terbalik dengan commercial name
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:22 PM
Dh 45 tahun umur dia
Quote fadz84 17-2-2023 02:44 PM
Burong_Hantuk replied at 17-2-2023 01:22 PM
Dh 45 tahun umur dia

Dia ni batch Bintang HMI tokti dulu..
Quote wirazam 17-2-2023 02:47 PM
fadz84 replied at 17-2-2023 02:44 PM
Dia ni batch Bintang HMI tokti dulu..

Seriously...finalist ke?
Quote Noraniza_Iblis 17-2-2023 02:54 PM
dah kertu2 gini nk dangdut lg ke..
same dgn acik melina…
Quote fadz84 17-2-2023 03:20 PM
wirazam replied at 17-2-2023 02:47 PM
Seriously...finalist ke?

Haah finalist BHMI 95 tu..
Quote CikYaYaYa 20-2-2023 02:13 AM
iols sukaa dengar suara dia niee. best
Quote belacan_gurl 20-2-2023 02:36 AM
Teringat zaman 1996 dulu ...masa zaman dangdut best giler hahaha kemas rumah sambil pasang kaset ratu dangdut
Quote EriaDoritis 20-2-2023 02:47 AM
fadz84 replied at 17-2-2023 02:44 PM
Dia ni batch Bintang HMI tokti dulu..

Ooo varu tau

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.108088 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top