|
Masih bertahan selepas hampir 30 tahun menapak dalam industri hiburan, Ani Maiyuni juga pernah berdepan pengalaman berjumpa dengan selebriti baharu yang menyombong dan tidak menghormati senior.
Menurut Media Hiburan, penyanyi dangdut berusia 45 tahun itu menasihatkan golongan artis sebegitu agar tidak terlalu mendongak langit.
IG
“Dalam industri, nama you besar ke kecil, jangan sombong.
“You popular atau tidak, bakat itu (hanya) pinjaman daripada Dia.. anytime Dia boleh tarik balik.
“Kita nak puaskan hati semua orang pun mustahil.. yang penting kita kena tahu kesesuaian dan pandai bawa diri,” katanya.
Ani atau nama sebenar, Aishah An-Nur Osman turut menyifatkan rata-rata generasi Z (lahir tahun 1995 hingga 2010) agak kurang beradab ekoran kurang mendapat didikan sempurna berikutan kehidupan mereka lebih dekat menerusi pendedahan di Internet dan telefon pintar.
IG
“Zaman sekarang dekat handphone ni, benda yang tak elok yang banyak jadi viral disebabkan ramai orang share.
“Jadi budak-budak rasa gurauan itu adalah sesuatu yang lawak, walaupun pada kita ia adalah kurang ajar.. itu yang mereka tak tahu bezakan sama ada itu lawak atau kurang ajar," tambahnya.
Justeru, dia menasihatkan pengguna gajet berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan berguna kepada orang ramai. - CARI |
|