CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seoul Tarik Balik Kemudahan Parkir Untuk Wanita, Tukar Jadi Tempat Letak Kereta Berkeluarga

16-2-2023 08:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1057| Komen: 12

Penyediaan tempat letak kereta untuk wanita ditarik balik ibu kota Korea Selatan selepas 14 tahun ia diperkenalkan bagi memberi perlindungan kepada kaum wanita.

Tempat parkir untuk wanita sahaja telah dimulakan pada 2009 selepas beberapa siri jenayah kekerasan berlaku di tempat letak kereta bawah tanah.



Gambar hiasan/shethepeople

Bagaimanapun pentadbir bandar itu berkata, ruang itu tidak diperlukan lagi sebaliknya ia akan ditukar kepada tempat letak kereta berkeluarga.

Tindakan itu dikecam pengkritik yang menyifatkan ia adalah dasar baharu anti-feminis di Korea Selatan.

Seoul, yang merupakan bandar terbesar di Korea Selatan, tempat letak kereta dengan lebih daripada 30 ruang diperlukan untuk memperuntukkan 10% kepada wanita, kurang daripada 2,000 daripada 16,640 tempat letak kereta awam dikhaskan untuk wanita.

Tempat itu cenderung berada berhampiran pintu masuk bangunan supaya wanita tidak perlu berjalan melalui ruang bawah tanah yang gelap.


Angka kerajaan pada 2021 menunjukkan lebih daripada dua pertiga daripada jenayah kekerasan yang dilakukan di tempat letak kereta di bandar ini melibatkan jenayah seksual termasuk rogol, serangan seksual dan gangguan.

Tetapi Datuk Bandar Seoul Oh Se-hoon, yang memperkenalkan ruang wanita sahaja, telah mengubah dasarnya sendiri.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk “mempertimbangkan keluarga”.

Pada masa sama, kaum lelaki di Korea Selatan berhujah bahawa polisi yang direka itu hanya untuk memanfaatkan wanita adalah satu diskriminasi.

Sedangkan kerajaan semasa telah mengeluarkan istilah “kesaksamaan jantina” daripada kurikulum etika sekolahnya dan cuba menutup kementerian kesaksamaan jantinanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-2-2023 08:14 PM
Kat sini pon baper kali aku nmpk, parking utk ladies, tapi lelaki selamba jer drive masuk.. Tapi ada setengah tmpt ada guard jaga.. Yg tu OK.. Klu dorg tgk even ada sorg lelaki dlm kereta pon dorg tak kasik park
Quote pooh~key 16-2-2023 08:20 PM
Akak okeh jah ada parking khas wanita dekk…

Pergi kau main jauh2 di sana akak nak parking kat sebelah owner kereta lelaki kekar dan tasty dekkk!
Quote Tinot7 16-2-2023 08:32 PM
pooh~key replied at 16-2-2023 08:20 PM
Akak okeh jah ada parking khas wanita dekk…

Pergi kau main jauh2 di sana akak nak parking kat sebe ...

Iols pun suka kalau ada parking khas utk wanita dan keluarga, sbb biaq la org2 mcm kaka dpt parking sebelah laki2 alpha male idaman hangpa..
Quote pooh~key 16-2-2023 08:33 PM
Tinot7 replied at 16-2-2023 08:32 PM
Iols pun suka kalau ada parking khas utk wanita dan keluarga, sbb biaq la org2 mcm kaka dpt parkin ...

Tennnnnn kiuuuu sister tinot.
Quote Tinot7 16-2-2023 08:47 PM
pooh~key replied at 16-2-2023 08:33 PM
Tennnnnn kiuuuu sister tinot.

Tapi kaka jgn la tangkap deme, pastu rogol deme.. itu assault namanya..
Quote AverageJoe 16-2-2023 09:17 PM
kenapa tak buat je petak parking universal.
gabungkan untuk single lady driver, family, OKU dan warga emas.
sama macam konsep priority seat dalam LRT atau pengangkutan awam.
supaya petak parking tu taklah redundant sangat dan jadi pembaziran ruang pulak.
kalau dekat Malaysia ni petak OKU lah yang paling redundant dan akhirnya disalahguna oleh golongan yang tak sepatutnya.
Quote Adrif 17-2-2023 07:07 AM
Perawankota replied at 16-2-2023 08:14 PM
Kat sini pon baper kali aku nmpk, parking utk ladies, tapi lelaki selamba jer drive masuk.. Tapi ada ...

aku pegi mall haritu, pun terparking kat kawasan ladies only

dia punya signboard tu, kecikk gila, kita dah la rabun ayam. pastu letak tinggi, sebaris dengan bumbung, satu je
aku dah settle semua, masa otw ke kereta baru perasan signboard tu. aku tengok tempat lain, ada general parking, ladies, family.

tempat kosong, OKU je
Quote azimodin 17-2-2023 08:33 AM
AverageJoe: kenapa tak buat je petak parki ...


Bagi aku, OKU x boleh digabungkan dengan kes lain, especially OKU yg memerlukan kerusi roda. Aku ada family member yg berkerusi roda sebab ada masalah saraf. Bila pergi tempat yg parking OKU dia limited (1-2 Spot) memang payah. Kalau park tempat biasa, wheelchair x boleh keluar. Bukan semua tempat banyak parking OKU. Orang pregnant & family boleh la nak gabung sekali
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:55 AM
Terbaikkkkk
Quote najib888 17-2-2023 11:53 AM
Pada masa sama, kaum lelaki di Korea Selatan berhujah bahawa polisi yang direka itu hanya untuk memanfaatkan wanita adalah satu diskriminasi.


Dalam satu hal, geng feminist ni nak hak sama rata..  dalam masa yang sama nak juga entitlement...
Quote shuk_one 17-2-2023 01:23 PM
kalau kat midvalley tu ramai je drop lelaki pastu tukar driver perempuan masuk dlm section ladies parking
Quote sharlenetexas 17-2-2023 01:56 PM
Kaum lelaki korea tak reti control diri ke?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.259680 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top