View: 712|Reply: 12
|
Seoul Tarik Balik Kemudahan Parkir Untuk Wanita, Tukar Jadi Tempat Letak Kereta Berkeluarga
[Copy link]
|
|
Penyediaan tempat letak kereta untuk wanita ditarik balik ibu kota Korea Selatan selepas 14 tahun ia diperkenalkan bagi memberi perlindungan kepada kaum wanita.
Tempat parkir untuk wanita sahaja telah dimulakan pada 2009 selepas beberapa siri jenayah kekerasan berlaku di tempat letak kereta bawah tanah.
 Gambar hiasan/shethepeople
Bagaimanapun pentadbir bandar itu berkata, ruang itu tidak diperlukan lagi sebaliknya ia akan ditukar kepada tempat letak kereta berkeluarga.
Tindakan itu dikecam pengkritik yang menyifatkan ia adalah dasar baharu anti-feminis di Korea Selatan.
Seoul, yang merupakan bandar terbesar di Korea Selatan, tempat letak kereta dengan lebih daripada 30 ruang diperlukan untuk memperuntukkan 10% kepada wanita, kurang daripada 2,000 daripada 16,640 tempat letak kereta awam dikhaskan untuk wanita.
Tempat itu cenderung berada berhampiran pintu masuk bangunan supaya wanita tidak perlu berjalan melalui ruang bawah tanah yang gelap.
Angka kerajaan pada 2021 menunjukkan lebih daripada dua pertiga daripada jenayah kekerasan yang dilakukan di tempat letak kereta di bandar ini melibatkan jenayah seksual termasuk rogol, serangan seksual dan gangguan.
Tetapi Datuk Bandar Seoul Oh Se-hoon, yang memperkenalkan ruang wanita sahaja, telah mengubah dasarnya sendiri.
Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk “mempertimbangkan keluarga”.
Pada masa sama, kaum lelaki di Korea Selatan berhujah bahawa polisi yang direka itu hanya untuk memanfaatkan wanita adalah satu diskriminasi.
Sedangkan kerajaan semasa telah mengeluarkan istilah “kesaksamaan jantina” daripada kurikulum etika sekolahnya dan cuba menutup kementerian kesaksamaan jantinanya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini pon baper kali aku nmpk, parking utk ladies, tapi lelaki selamba jer drive masuk.. Tapi ada setengah tmpt ada guard jaga.. Yg tu OK.. Klu dorg tgk even ada sorg lelaki dlm kereta pon dorg tak kasik park |
|
|
|
|
|
|
|
Akak okeh jah ada parking khas wanita dekk…
Pergi kau main jauh2 di sana akak nak parking kat sebelah owner kereta lelaki kekar dan tasty dekkk!  |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 16-2-2023 08:20 PM
Akak okeh jah ada parking khas wanita dekk…
Pergi kau main jauh2 di sana akak nak parking kat sebe ...
Iols pun suka kalau ada parking khas utk wanita dan keluarga, sbb biaq la org2 mcm kaka dpt parking sebelah laki2 alpha male idaman hangpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-2-2023 08:32 PM
Iols pun suka kalau ada parking khas utk wanita dan keluarga, sbb biaq la org2 mcm kaka dpt parkin ...
Tennnnnn kiuuuu sister tinot.  |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 16-2-2023 08:33 PM
Tennnnnn kiuuuu sister tinot.
Tapi kaka jgn la tangkap deme, pastu rogol deme.. itu assault namanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak buat je petak parking universal.
gabungkan untuk single lady driver, family, OKU dan warga emas.
sama macam konsep priority seat dalam LRT atau pengangkutan awam.
supaya petak parking tu taklah redundant sangat dan jadi pembaziran ruang pulak.
kalau dekat Malaysia ni petak OKU lah yang paling redundant dan akhirnya disalahguna oleh golongan yang tak sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pegi mall haritu, pun terparking kat kawasan ladies only
dia punya signboard tu, kecikk gila, kita dah la rabun ayam. pastu letak tinggi, sebaris dengan bumbung, satu je
aku dah settle semua, masa otw ke kereta baru perasan signboard tu. aku tengok tempat lain, ada general parking, ladies, family.
tempat kosong, OKU je
|
|
|
|
|
|
|
|
AverageJoe: kenapa tak buat je petak parki ...
Bagi aku, OKU x boleh digabungkan dengan kes lain, especially OKU yg memerlukan kerusi roda. Aku ada family member yg berkerusi roda sebab ada masalah saraf. Bila pergi tempat yg parking OKU dia limited (1-2 Spot) memang payah. Kalau park tempat biasa, wheelchair x boleh keluar. Bukan semua tempat banyak parking OKU. Orang pregnant & family boleh la nak gabung sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaikkkkk   |
|
|
|
|
|
|
|
Pada masa sama, kaum lelaki di Korea Selatan berhujah bahawa polisi yang direka itu hanya untuk memanfaatkan wanita adalah satu diskriminasi.
Dalam satu hal, geng feminist ni nak hak sama rata.. dalam masa yang sama nak juga entitlement... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat midvalley tu ramai je drop lelaki pastu tukar driver perempuan masuk dlm section ladies parking |
|
|
|
|
|
|
|
Kaum lelaki korea tak reti control diri ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|