CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Kehilangan Warga Emas OKU Di Tangkak- Keluar Jalan-Jalan Sejak 20 Januari Lepas, Sampai Sekarang Tak Balik

16-2-2023 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 626| Komen: 2

TANGKAK:  Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak 20 Januari lalu ketika bersiar-siar di Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, dekat sini.

Mohd. Nasir Karto, 61, dikatakan keluar dari  rumahnya pada pukul 8 pagi dan tidak pulang hingga hari ini.


Nurin Mansoor, 34, berkata, bapa saudaranya itu mengalami masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 21 Disember 2012.

Foto: Utusan Online

“Kebiasaannya setiap pagi dia hanya berjalan-jalan di sekitar kampung dan pulang pada waktu senja, namun kali ini hilang secara tiba-tiba,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Bapa saudaranya tinggal di rumah pusaka seorang diri, namun dia serta adik beradik yang lain kerap menziarahinya.

Pihaknya telah membuat laporan tentang kehilangan Mohd. Nasir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak pada 21 Januari lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat ketika dihubungi berkata, operasi mencari mangsa dijalankan bersama-sama waris dan penduduk kampung, namun hingga kini belum menemukan mangsa.

“Kali terakhir keluar dari rumah, warga emas berkenaan memakai baju kemeja berwarna hitam putih petak kecil dan berseluar panjang gelap,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh menghubungi IPD Tangkak menerusi talian 06-9781222. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 16-2-2023 04:48 PM
Artis kah beliau
Quote rosedemon 17-2-2023 10:59 AM
adela tu entah mana tergoleknya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.098160 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top