CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 2

Misteri Kehilangan Warga Emas OKU Di Tangkak- Keluar Jalan-Jalan Sejak 20 Januari Lepas, Sampai Sekarang Tak Balik

[Copy link]
Post time 16-2-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode
TANGKAK:  Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak 20 Januari lalu ketika bersiar-siar di Kampung Parit Jarum Laut, Bukit Gambir, dekat sini.


Mohd. Nasir Karto, 61, dikatakan keluar dari  rumahnya pada pukul 8 pagi dan tidak pulang hingga hari ini.


Nurin Mansoor, 34, berkata, bapa saudaranya itu mengalami masalah mental sejak beberapa tahun lalu dan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 21 Disember 2012.


Foto: Utusan Online




“Kebiasaannya setiap pagi dia hanya berjalan-jalan di sekitar kampung dan pulang pada waktu senja, namun kali ini hilang secara tiba-tiba,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.


Bapa saudaranya tinggal di rumah pusaka seorang diri, namun dia serta adik beradik yang lain kerap menziarahinya.


Pihaknya telah membuat laporan tentang kehilangan Mohd. Nasir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak pada 21 Januari lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat ketika dihubungi berkata, operasi mencari mangsa dijalankan bersama-sama waris dan penduduk kampung, namun hingga kini belum menemukan mangsa.


“Kali terakhir keluar dari rumah, warga emas berkenaan memakai baju kemeja berwarna hitam putih petak kecil dan berseluar panjang gelap,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh menghubungi IPD Tangkak menerusi talian 06-9781222. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 04:48 PM | Show all posts
Artis kah beliau
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:59 AM | Show all posts
adela tu entah mana tergoleknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.904715 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list