CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Enam Bulan Mati Kelaparan, Lima Hari Hanya Makan Air Liur Bapa Sahaja

16-2-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 936| Komen: 7

Kahramanmaras, Turkiye: "Ketika terperangkap di bawah runtuhan, isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki kami, Muhammet Alparslan berusia enam bulan, jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya.


"Pada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak bermaya lagi dan saya memeriksa nadinya dan mendapati dia sudah meninggal dunia," kata Muharrem.

Muharrem menceritakan pengalaman sedih itu kepada Anadolu Agency pada Rabu, selepas dia dan isterinya Hidayet Polat berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selatan Turkiye.


Polat ketika menerima rawatan selepas diselamatkan bersama suaminya di Kahramanmaras, Turkiye. Foto: Anadolu Agency

Pasangan itu terperangkap 202 jam di bawah runtuhan bangunan terbabit sebelum ditarik keluar dalam penyelamatan ajaib pada Selasa selepas pasukan penyelamat mendengar jeritan suara mereka.


Muharrem dan Polat yang kini berada di bawah pemantauan perubatan memberitahu Anadolu Agency, dua anak mereka kehilangan nyawa akibat runtuhan itu.

"Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui 'Vaseline' dan makan sebahagiannya, langsung tidak hiraukan ia bahaya atau tidak," kata Polat.

Polat berkata, pasukan penyelamat memanggil mereka sehari atau dua hari sebelum berjaya diselamatkan, tetapi impak runtuhan menghalang pasukan mengeluarkan mereka.

Mengimbas detik berlakunya gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu 6 Februari lalu, Muharrem berkata, ketika gegaran gempa bumi pertama, lantai kediaman mereka tertutup sepenuhnya.

"Selepas gegaran gempa bumi seterusnya, ia (mungkin sudah) terbuka. Saya menyedarinya pada hari ketujuh (terperangkap dalam runtuhan).

"Pada hari sama, saya memanggil isteri dan memberitahu ada sesuatu di sana. Saya menggali tanpa henti dan sehingga air salji (mencair) keluar. Allah mengasihani kami," katanya yang menegaskan usaha itu akhirnya membawa kepada kejayaan usaha menyelamat mereka.

Lebih 35,000 individu terbunuh dan 81,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan beberapa negara di rantau itu, terutama Syria. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 16-2-2023 11:54 AM
Kemurungan teruk baca benda mcmni
Quote Shazid 16-2-2023 01:59 PM
Murung tgk video gempa kt tiktok....hancur mcm kene bom atom...bangunan runtuh sana sini...ade yg tumbang, ade yg runtuh separuh. Lagi kesian tgk waris yg selamat menjerit2 panggil ahli keluarga yg terperangkap.
Quote SayaSayangMama 16-2-2023 02:06 PM
ya Allah ke syurga la kau dik… nnti akhirat nnti awak ajak mak dan ayh awak masuk syurga ye
Quote Decaffeinated 16-2-2023 02:20 PM
Satu antara 28 ribu. Ini baru betul miracle.
Quote vanillaninja 16-2-2023 02:27 PM
Kesiannya. Syurga tempat Muhammet
Quote rosedemon 17-2-2023 10:55 AM
siannya smoga sorga
Quote nanasno 17-2-2023 12:48 PM
sian nya baby

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.132533 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top