CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 680|Reply: 7

Bayi Enam Bulan Mati Kelaparan, Lima Hari Hanya Makan Air Liur Bapa Sahaja

[Copy link]
Post time 16-2-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Kahramanmaras, Turkiye: "Ketika terperangkap di bawah runtuhan, isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki kami, Muhammet Alparslan berusia enam bulan, jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya.


"ada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak bermaya lagi dan saya memeriksa nadinya dan mendapati dia sudah meninggal dunia," kata Muharrem.


Muharrem menceritakan pengalaman sedih itu kepada Anadolu Agency pada Rabu, selepas dia dan isterinya Hidayet Polat berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selatan Turkiye.




Polat ketika menerima rawatan selepas diselamatkan bersama suaminya di Kahramanmaras, Turkiye. Foto: Anadolu Agency




Pasangan itu terperangkap 202 jam di bawah runtuhan bangunan terbabit sebelum ditarik keluar dalam penyelamatan ajaib pada Selasa selepas pasukan penyelamat mendengar jeritan suara mereka.


Muharrem dan Polat yang kini berada di bawah pemantauan perubatan memberitahu Anadolu Agency, dua anak mereka kehilangan nyawa akibat runtuhan itu.


"Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui 'Vaseline' dan makan sebahagiannya, langsung tidak hiraukan ia bahaya atau tidak," kata Polat.


Polat berkata, pasukan penyelamat memanggil mereka sehari atau dua hari sebelum berjaya diselamatkan, tetapi impak runtuhan menghalang pasukan mengeluarkan mereka.


Mengimbas detik berlakunya gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu 6 Februari lalu, Muharrem berkata, ketika gegaran gempa bumi pertama, lantai kediaman mereka tertutup sepenuhnya.


"Selepas gegaran gempa bumi seterusnya, ia (mungkin sudah) terbuka. Saya menyedarinya pada hari ketujuh (terperangkap dalam runtuhan).


"ada hari sama, saya memanggil isteri dan memberitahu ada sesuatu di sana. Saya menggali tanpa henti dan sehingga air salji (mencair) keluar. Allah mengasihani kami," katanya yang menegaskan usaha itu akhirnya membawa kepada kejayaan usaha menyelamat mereka.


Lebih 35,000 individu terbunuh dan 81,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.


Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan beberapa negara di rantau itu, terutama Syria. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan teruk baca benda mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 01:59 PM | Show all posts
Murung tgk video gempa kt tiktok....hancur mcm kene bom atom...bangunan runtuh sana sini...ade yg tumbang, ade yg runtuh separuh. Lagi kesian tgk waris yg selamat menjerit2 panggil ahli keluarga yg terperangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah ke syurga la kau dik… nnti akhirat nnti awak ajak mak dan ayh awak masuk syurga ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:20 PM | Show all posts
Satu antara 28 ribu. Ini baru betul miracle.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:27 PM | Show all posts
Kesiannya. Syurga tempat Muhammet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2023 10:55 AM | Show all posts
siannya smoga sorga
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 12:48 PM | Show all posts
sian nya baby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.059197 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list