Sebuah lori tiga tan terbabas dan melanggar sebuah rumah kosong di Kampung Padang Kerbau. Kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi tadi itu menyebabkan pemandu lori berusia 30 tahun tersepit dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Ayer Keroh digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 11.54 pagi, Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Fadhil Saidin. “Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat sebuah lori tiga tan terbabas dan melanggar sebuah rumah kosong. “Terdapat seorang mangsa yang mana pemandu lori itu tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya.
Awani melaporkan, rumah jenis struktur kayu itu tidak mengalami sebarang kerosakan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - CARI
|
ADVERTISEMENT